Cara Mudah Tukar Font Blog Untuk Blogger

Atas permintaan seorang rakan, hari ini saya nak beri penerangan ringkas cara nak tukar font blog bagi yang menggunakan platform blogger. Caranya adalah sangat mudah dan cepat dan boleh dilakukan seperti langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah:

1. Log in blog anda dan pilih pada THEME dan klik CUSTOMIZE.


2. Kemudian klik pada EDIT HTML. Sebelum itu anda digalakkan untuk melakukan backup file XML blog anda sebelum melakukan sebarang perubahan pada kod HTML blog.



3. Setelah itu, kod HTML blog anda akan terpapar. Anda klik control + S (untuk Search) dan taipkan Font. 


4. Dari atas anda dapat lihat jenis font yang telah disetkan secara default daripada jenis template blog yang anda gunakan. Anda cuma tukar jenis font pada bahagian petak merah yang telah saya tandakan bergantung kepada bahagian blog yang ingin anda tukarkan jenis fontnya.

5. Kemudian save template blog ataupun preview sebelum disimpan.

Selamat mencuba.

Lia Razali

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

Previous Post Next Post