Dah habis exam rakan sekelas bercadang ke luar negara melawat rakan yang berasal dari negara China. Seronok melihat budaya yang lain dan sememangnya agak kekok juga. Hari pertama puasa tahun ini adalah semasa di Xi'an China. Dah namanya berjalan kan, memang agak penat. Tapi hari pertama puasa juga kembalinya kami ke KL melalui flight ke Bangkok dan seterusnya ke KL.
Peluang Mendaki Gunung Huashan, Xi'an
Semasa di Xi'an, kami berpeluang mendaki gunung Huashan yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari bandar. Dan pendakian disini boleh dipilih samada melalui lereng-lereng gunung yang mencabar minda atau mendaki anak tangga sehingga ke puncak gunung. Jalur pendakian di gunung Hua ini dikenali sebagai 'The Road to Heaven' dan juga merupakan antara satu antara lima pergunungan yang dianggap suci oleh rakyat di negara China.
Untuk pendakian kali ini ketika turun dah tak susah, kerana kami beli tiket masuk sekali dengan kabel car untuk turun ke bawah gunung. Tak lah pewai sangat heehe.
Untuk pendakian kali ini ketika turun dah tak susah, kerana kami beli tiket masuk sekali dengan kabel car untuk turun ke bawah gunung. Tak lah pewai sangat heehe.
Terracotta Warriors
Antara Terracotta Warriors yang sempat di ambil |
Classmate yang berasal dari Xi'an China |
Inilah dia point pertama Jalan Sutera ( Silk Road ) yang terkenal. |
World's Largest Water Fountain, Xi'an China
World's largest water fountain show (Wild Goose Pagoda) |
Kami berpeluang melihat pertunjukan air pancur berirama yang dikategorikan terbesar di dunia. Di hujung air pancur ini terdapat sebuah pagoda lama yang sinonim dengan cerita Journey to the West yang sering kita tengok dikaca TV.
Lagenda itu dikatakan bermula di sini pada zaman Dinasti Tang yang mana seorang sami buddha, Xuan Zhang yang memulakan perjalanannya ke barat untuk mencari kitab purba bersama tiga pembantunya. Pembantu yang paling popular semestinya si monyet yang gagah iaitu Sun Wu Kong.
Huashan Mountain, Xi'an China
Nampak tak tangga kecil-kecil tu itulah trail pendakian Gunung Huashan |
Masa separuh jalan mendaki sebenarnya dah mula menyesal haha ! Sakit kaki. Tapi, ku gagahkan jua demi ke puncak. Gunung Huashan ni sebenarnya popular dengan kisah kungfu pendekar Ling HuChong, pernah disiarkan di TV8 tak silap.
Best juga ceritanya tentang pendekar-pendekar yang handal berkung fu yang berebut kitab Kung fu terhandal.
Muslim's Quater (Huimin Jie)
Best in Hong Kong
Sebelum ke Xi'an kami sebenarnya jalan di Hong Kong dahulu. |
Pertunjukan lampu berirama. Taken from Kowloon |
Boleh pulak singgah di Shenzhen, China sebelum naik flight ke Xi'an (Shopping heaven) |
Macam mana pula boleh ke Shenzhen nih? Masa ni direct flight ke Xi'an belum ada lagi. Jadi kami ambil tiket flight ke Hong Kong dulu dan stay dalam dua hari di sini. Sempat berjalan-jalan di sekitar Hong Kong lagi, alhamdulillah.
Jadi selepas check out hotel kami naik train ke border di Shenzhen untuk ke Xi'an, Asalnya, kami bercadang naik kereta api sahaja ke Xi'an tetapi tiket tak dapat, jadinya kami beli tiket flight ke Xi'an dalam masa tiga jam penerbangan.
Our 1st breakfast in Xi'an ,Shaanxi China |
Bestnya tak terkira, alhamdulillah dapat peluang ke Hong Kong dan Xi'an China. Semasa di Xi'an kami berpeluang jalan-jalan di sekitar bandar dan juga muzium yang terdapat di sana. Kalau di ikutkan perlu stay lebih lama untuk jalan penuh satu bandar ini.
Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang dari KL ke Xi'an telah dipermudahkanNya. Rasa amat bersyukur kerana dapat berjalan dan melihat keindahan alam ciptaan-Nya didunia ini. Semoga pembaca-pembaca juga dapat dianugerahkan nikmat yang sama inshaAllah amin.
Lea Razali
18 Comments
best yer baca pengalaman mengembara dan terokai keunikan di negara orang. haish bila la dapat travel lagi kan..
ReplyDeleteBetul sis, itula doa2 semoga kita semua dapat peluang travel semula amin
DeleteI have read so much about Xi an and I know it is a beautiful and mystifying place to be. Hopefully I could visit this gem one day.
ReplyDeleteYes indeed, Xi'an is a beautiful place. Hopefully the pandemic could be ended so we can travel again.
DeleteSis pun dapat juga ke Hong Kong dulu, siap pergi Disneyland tu yang seronok sangat... dah macam kekanak hahaha.. China aje belum pernah jejak, tapi sekarang takut plak kan nak ke sana..
ReplyDeletehaha ! syok tu sis dapat ke Disneyland..kene tunggu musim wabak berakhir baru dapat jalan
DeleteSeronok kannnn bila dapat travel macam tu... dapat terokai negara orang dan turut berpeluang melihat kebudayaan mereka... it is indeed a valuable experience... saya pun rasa bersyukur sangat kerana berpeluang untuk menikmatinya... #tak #sabar #nak #travel
ReplyDeleteHalah bestnya tengok orang travel tengok negara orang, kita entah bila..huhu..Rezeki nak travel belum ada lagi..
ReplyDeleteBagi Rawlins China nie memang shopping haven. Teringin nak pergi lagi but not in my urgent list hahaha. Kalau pergi lagi, nak cari peluang cari produk untuk berniaga la.
ReplyDeleteWhat a wonderful and fun destination! It's perfect for the whole family for a yearly getaway. Thanks for sharing :)
ReplyDeleteSaya pernah 3 kali ke China, tapi cuma di Beijing, Tianjin, dan Guilin je. Xian belum sampai lagi. Tapi
ReplyDeletemmg dah lama teringin nak pergi, sebab nak mendaki kat lereng bukit Huashan tu. Nampak mcm adventure sgt.
Seronok bila dapat berjalan dan melihat negara orang. Kenali budaya dan melihat keindahabn.. mmg best serta pengalaman yg indah
ReplyDeleteKita hari tu ada plan nk ke Shanghai sbb nk pi ke Disney Land bawak anak2.. Tup2 Wuhan kes pulak ni... Best baca cerita2 org ja lah buat masa lani... Bila la nk dpt jln2 lg mcm dulu2
ReplyDeletehuhu..inshaAllah nanti dah buka jalan beramai-ramai la kita travel inshaAllah amin.
DeleteYa Allah bila baca kisah travel orang lain, bestnya la hai. Rindu nak berjalan ke sana sini makan angin. Moga2 pandemic ni beransur baik. Nak travel!
ReplyDeleteWah best nyer ke Xi'an China, dulu pernah pergi sekali for work tak sempat nak explore so nak go back for travel.
ReplyDeleteSeronok nya your story and experience jalan jalan negara orang. Kita belum pernah sampai sana, baca dah pun dah terasa seronoknya
ReplyDeleteKedua-dua destinasi ni kita tak pernah sampai dan memang nak sampai juga satu hari nanti memang best atara dalam list kita lepas sahaja semua pulih dari Covid ni bestnya tengok tempat orang ni...
ReplyDeleteTerima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya