Assalamualaikum semua.

Ramadan kali ni kami sekeluarga berkesempatan mengikuti solat sunat terawih di Masjid Bandar Putra. Memang ramai kali ni, Alhamdulillah. Namun, nak di jadikan cerita, satu malam tu kami bawa sejadah sendiri untuk dijadikan alas semasa solat memandangkan sejadah di masjid kemungkinan tidak mencukupi. 

Apa yang terjadi ialah, sejadah tu tertinggal masa nak balik, kelam kabut masa tu aisyah tiba-tiba nak ke tandas jadi saya terlupa nak lipat dan simpan sejadah tersebut.

Jadi, fikir semula tak kisah la mungkin esok nya boleh ambil semula. Jadi malam seterusnya, kami kembali lagi untuk tujuan berterawih, dan sejadah tu ada tapi diguna oleh jemaah wanita yang lain. 

Ingatkan lepas selesai solat boleh la ambil semula. Tiba-tiba yang terjadi makcik yang pakai tu masukkan sejadah itu dalam beg dia.


Image:  Googled

Aduhai, sedihnya sangat rasa masa tu. Mula niat hati nak pergi bertanya, tapi nanti saya risau malu pula makcik tu. Sedih sebab sejadah tu sejadah pertama husband selepas pertama kali mengucap dua kalimah syahadah dan pemberian dari seorang ustaz yang mengajar beliau. 

Well, apapun moral of the story ialah :

  • Kita selaku umat islam datang ke masjid sepatutnya sentiasa menjaga perlakuan, lagi-lagi jika melibatkan hak orang lain.
  • Jika kita tak pasti tentang sesuatu perkara, seharusnya kita bertanya dahulu.

Then, suami kata halalkan sahaja lah. Mungkin memang makcik tu punya dan sama design. Oklah macam tu, tetapi tak tahu kenapa saya rasa sayu kehilangan.

Lia Razali