Panduan Belajar Selepas Kahwin

Bergelut Dengan Masalah Sistem Kelas :


Jadual kelas nampaknya semakin padat untuk semester ni. Mental dengan badan dah mula rasa nak mengalah, nak berehat ! Dalam masa sama dah mula minggu ke-tiga sesi pembelajaran tapi jadual masih lagi tak kemaskini. Kawan sekelas cadangkan supaya semua setuju untuk tukar masa kelas dan lab, tapi itupun belum confirm lagi sebab lecturer tak datang. 

Bukannya kami nak salahkan pada sistem atau pensyarah. Pada dasarkan kami faham mungkin pensyarah agak sibuk dengan projek akhir semester dan juga kerja-kerja pengurusan. Cuma bila dah lama menunggu ketetapan akhir masa kelas rasa kurang sabar itu tetap ada.

Aku punya projek master satu pun belum diregister. Masalah bolak balik pasal nak tetapkan topik dan juga methodology projek. Memandangkan niat asal nak buat material casting jadi aku teruskan juga walaupun bahan ujikaji sangat terhad, mahal dan kekurangan sumber rujukan. Harapan aku ialah semester nih dapat dihabiskan dengan baik dan perfect.

Tips Cara Bahagikan Masa Untuk Belajar & Keluarga :


Pada kawan-kawan di luar sana, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sangat perlukan pengorbanan yang kadangkala tak terjangkau akal. Mental, badan letih ! Kalau kita plan nak ambil fulltime study dan kena lepaskan kerja tetap yang pertamanya perlu fikirkan tentang ekonomi keluarga dahulu. Adakah ekonomi stabil? 

Kena berbincang dengan pasangan jika sudah berkahwin kerana keputusan bukan lagi melibatkan diri kita seorang. Balik kelas pun kalau dah start study tu tak boleh la ambil masa kita dan keluarga sepenuhnya untuk study, kita kena juga luangkan masa bersama mereka. 


Hakikatnya mungkin suami atau anak kita faham tentang kita yang nak kena ulangkaji ni, tapi kita faham juga mereka perlukan perhatian dan kasih sayang daripada kita. 

Memang kadang-kadang kita akan rasa marah bila di ganggu, esok nak exam anak pulak sibuk ajak main bola..Aduhai..ada yang radikal terus tutup pintu sebab nak study punya pasal. Tapi sedarkah kita , anak yang tadi jika kita layan sebentar apa salahnya. 

Seharian ke kelas, dia di taska bila balik kita masih dengan hal (study) kita yang tak abis2. Sentiasa berpegang kepada janji Allah yang memberikan balasan baik jika kita yakin pada takdirNya. Mengikut pengalaman saya sendiri, jika saya abaikan anak saya untuk study sejurus selepas balik ke rumah, maka apa yang saya baca tadi tak begitu lekat dalam hati. 

Kemudian saya ubah cara, saya luangkan masa saya untuk keluarga saya dari makan malam sampai saya tidurkan anak saya. Kemudian saya baca sedikit nota sebelum tidur.

Saya bangun agak awal, luangkan masa sebentar untuk baca sebelum subuh dan Alhamdulillah, cara ini lebih menjadi. Saya masih ada masa untuk anak, suami dan juga pelajaran saya. Mungkin setiap orang lain caranya . 


Tapi apa yang boleh saya tekankan di sini jangan abaikan keluarga kita. Meraka adalah anugerah Allah , amanah Allah untuk kita. Bukan setakat belajar sahaja. 

In shaa Allah, untuk semester ini saya akan lebih berusaha untuk berjaya. Doakan saya ye.

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

Previous Post Next Post