Ikhtiar dan Petua Cepat Sembuhkan Patah Melalui Doa

Pelbagai aktiviti dan pergerakan kita seharian akan mula terganggu apabila ada antara tulang kita yang patah atau retak. Antara petua dan cara untuk mempercepatkan patah tulang sembuh ialah dengan mengamalkan pengambilan kalsium dan juga makan makanan berkhasiat dalam diet seharian.

Selain rasa berdenyut dan juga sakit dibahagian yang patah kita pastinya inginkan ianya segera sembuh dan juga bahagian anggota yang patah dapat berfungsi seperti sediakala. 

Apakah Antara Cara Untuk Sembuhkan Tulang Patah Dengan Cepat?

Selain berusaha makan supplemen yang berunsur kalsium seperti jenis tablet ataupun minum susu, anda juga boleh berusaha melalui bacaan ayat ni diberikan oleh penceramah Dr. Fatimah Zahra menurut Syed Naseer melalui blognya:

petua sembuhkan patah tulang dengan doa yassin

Cara Membantu Sembuhkan Patah Tulang:

Mula-mula perlu sediakan air yang bersih, bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, sehingga ayat dibawah yang perlu diulang tiga kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan bahagian yang sakit dan patah.

Air tu buat minum dan juga disapu ke tempat sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Petua ini perlu diamalkan selalu. InsyaAllah, dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah untuk sembuhkan pesakit yang mengalami patah tulang.

Menurut Syed Naseer melalui blognya, sebenarnya apa-apa kesembuhan pun dari Allah. Ikhtiarnya ada macam-macam cara. Tengoklah mana yang sesuai dengan kondisi pesakit dan gerak hati kita yang mengusahakannya. Apapun, kalau diikut melalui pengalaman lepas, kalau kita selalu beristikharah akhirnya kita tidak akan menyesal dengan apapun keputusan yang kita buat. InshaAllah sebab ianya dipandu oleh Allah SWT.

Teruskan membaca di sini untuk bacaan doa lengkap: 


 وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ

Ayat 78 . "Dan ia membuat perbandingan kepada Kami. Dan ia lupa akan kejadiannya lalu berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang hancur?"

قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ

Ayat 79 . Katakanlah: "Yang menghidupkannya adalah Penciptanya pada mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala makhluk."

Cubalah amalkan ayat-ayat di atas selain berdoa semoga patah tulang cepat sembuh inshaAllah amin.
Reactions

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]