Assalamualaikum semua,
Dah lama dah nak update travel ke Bukittinggi, Indonesia yang lepas. Tujuan update supaya saya tak lupa jadual perjalanan kami yang lepas dan untuk panduan kawan-kawan lain yang berhasrat untuk ke Bukittingi ,Padang Indonesia
Perjalanan kami mengambil masa selama 4 Hari 3 Malam.
Kedudukan Bukittingi, Padang Indonesia
Ianya terletak di Sumatera Barat, Indonesia (West Sumatra), dan hampir satu jam perjalanan (flight travel) dari KLIA2 ke Padang. Untuk perjalanan yang lepas, saya bersama adik dan dua orang kawan lain bertolak menaiki penerbangan Airasia jam 0750 pagi dari KLIA2 dan tiba kira-kira jam 0800 pagi (mengambil kira masa tempatan indonesia yang lewat sejam).
Tiba di sana, Pak Supir memang dah ada menunggu dengan kereta Avanza, muat untuk kami berempat. Masa tu tak bawa beg banyak pun, plan untuk jalan-jalan lihat tempat orang.
 |
Bandara Udara International Minangkabau |
Kawasan ini di panggil Ranah Minang (Tanah Minang) kerana sebahagian besar penduduknya berketurunan Minangkabau. Ramai juga telah berhijrah ke luar, antara nya ke Negeri Sembilan di Malaysia.
Perjalanan diteruskan lagi, tapi sebelum tu singgah makan di Rumah Makan Lamun Ombak. Kebanyakan pelancong dari Malaysia memang pak supir akan bawa menjamu selera di sini.
Tips #1
Kalau makanan masakan padang, hidangan memang penuh satu meja, tapi ambil yang nak makan saja, kalau tak kena charge walaupun niat nak cuba rasa je .
Tips #2
Adalah lebih baik booking hotel/tempat menginap lebih awal sebelum bertolak sebab nya ramai pelancong di sekitar bukittingi takut tak dapat bilik (ada story di sini tapi nasib kami baik masa pergi tuh)
Booking hotel dekat sini ye BOOKING.COM cepat dan mudah.
 |
Rumah makan Lamun Ombak |
 |
Muka mengantuk belum recharge |
 |
Air Terjun Lembah Anai |
Sepanjang perjalanan kami singgah di salah satu air terjun yang sangat cantik kawasan nya. Ikut kata pak supir, kalau selalu basuh muka guna air di lembah Anai ni boleh awet muda.
(Kalau ikut saya balik Malaysia kena amalkan collagen shaklee boleh awet muda juga ---ehhh?? haha!)
Perjalanan diteruskankan lagi ke Padang Panjang yang mana terletak sebuah muzium Rumah Gadang dan pemandangan disini memang sangat-sangat lah cantik. Subhanallah.
Sebelum tu, makan dulu satay minang.
Sedap betul !
 |
Satay Minang |
Di sini, kami berempat berpeluang untuk cuba pakaian tradisional minangkabau yang dipakai oleh pengantin minang. Memang cantik-cantik baju nya meriah betul !
Tips #3
Setiap pakaian yang dicuba dikenakan sewa yang tertentu (ketika ini kira-kira 35,000 Rp)
 |
Baju Pengantin Minangkabau |
 |
bergambar lagi depan rumah minang |
Masa ni kami tinggal di De Kock Cafe, Guguk Panjang (recommended for solo/group travellers) . Tak berapa sesuai untuk family.
Sebelum check in, pak supir bawa ke Desa Pandai Sikek dimana kebanyakan penduduk di sini sangat mahir bertukang dan menenun kain songket Ada juga terdapat pelbagai jenis rekaan kain sulaman untuk dijual.
Kalau jenis suka shopping kena banyakkan bersabar.
RAMBANG MATA !
 |
Bunjut Telekung Travel |
Kemudian pada hari ketiga, kami memilih untuk stay di Lembah Harau, terletak di Paya Kumboh.
(yang mana kami belum booking ---jangan buat begini jika pergi dengan keluarga ya hehe.Jadi ni kira terjah juga la. Dan alhamdulillah nasib kami baik dapat satu chalet untuk satu malam sebelum berlepas pulang hari seterusnya)
2 Comments
Hi,macam mana nak dapatkan pak supir.bole share tak
ReplyDeletePak supir contact no +62 813 6338 5879 (Aldi)
DeleteTerima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya