Pernah tak cari resepi sambal udang yang sedap? Saya pun pernah, banyak kali try resepi macam-macam tapi kadangkala tak menjadi sambalnya. Kecewa juga kan? Jadi, semalam sebelum start sesi pembelajaran secara online, ada rasa teringin nak makan nasi lemak sambal udang, kebetulan udang ada, santan ada, daun pandan depan rumah ada haha! 

Maka, terjadi lah nasi lemak sambal udang yang sedap itu. Ada juga yang request cara dan resepi sambal udang ringkas dan inshaAllah rasanya sedap jadi kita share sini ye.

Resepi Sambal Udang Sedap :

Bahan-bahannya :

  • Udang sederhana besar 2 genggam (dalam 200 gram)
  • Cili kisar satu senduk nasi (saya guna cili kisar dalam peket yang ada tulis kurang pedas)
  • Bawang kecil merah 6 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Gula 2 sudu makan
  • Asam jawa 1/4 sudu makan
  • Asam keping 1 (yang kecil)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara masak sambal udang cepat dan sedap seperti dibawah :

  • Tumbuk @ kisar bawang merah dan putih. 
  • Panaskan minyak dan tumis kan bahan di atas sehingga naik bau dan agak-agak garing. 
  • Masukkan cili kisar dan tumis lagi. 
  • Masukkan gula dan sambung tumis sehingga cili benar-benar masak dan kemerahan. 
  • Kemudian, masukkan air asam jawa serta asam keping tadi. 
  • Tumis semua sehingga agak kering dan tambahkan garam sedikit. 
  • Kemudian masukkan udang (Udang juga boleh di goreng dahulu jika kulitnya tidak dibuangkan sepenuhnya) 




Okey antara petua nak bagi sambal udang jadi sedap ialah:


tips #1 : masa masukkan udang tu rasa garam,gula, asamnya seimbang atau tidak. Kalau tak, boleh tambah garam atau gula untuk seimbangkan rasa sambal.

tips #2 : 
Kalau nak sedap lagi masukkan stok ayam (chicken stock) sedikit untuk menaikkan lagi rasa sambal udang, cuba la !

Biasanya inilah resepi yang saya guna selama nih, yang dah rasa tu alhamdulillah suka dengan rasa sambal. Saya juga sediakan sambal udang ini ketika ada tetamu datang makan dirumah dan ketika majlis keramaian.

Terima kasih membaca hingga habis. Tinggalkan komen anda di bawah ye.

Haulia Razali