Pelan perancangan 'Potty Training' anak yang lama dirancang akhirnya dah tiba masa.
Tanggal 22 Ogos lepas Danial dah genap umur 3 tahun. Kiteorang suami isteri dah plan daripada awal tahun lagi masuk je umur 3 tahun anak kedua nih kena bebas dari pampers.
Tanggal 22 Ogos lepas Danial dah genap umur 3 tahun. Kiteorang suami isteri dah plan daripada awal tahun lagi masuk je umur 3 tahun anak kedua nih kena bebas dari pampers.
Ini la kanak2 yang sedang di 'potty train' kan itu. Tapi sehingga saat ni pun masih lagi kami monitor tahap kebebasan pampers itu. Hah ! Macam tu sekali.
Jadi nak share macam mana kiteorang mulakan latihan ke tandas atau potty training nih.
Letih sangat-sangat untuk minggu pertama nih haha ! Macam2 cabaran dan dugaan , berat dan ringan. Untuk parents memang kena la banyakkan bersabar.
Jadi nak share macam mana kiteorang mulakan latihan ke tandas atau potty training nih.
Latih anak ke tandas
Minggu pertama :
- Mula2 tu kemas rumah, simpan semua karpet , fabrik yang susah nak kering. Minimal kan perabot yang susah nak kering terutamanya jenis fabrik.
- Pagi lepas mandi pakai pakaian sahaja tanpa pampers. Masa ni kami beritahu Danial, hari nih tak pakai pampers nanti kita buang air ke tandas.
- Setiap 30minit bawa anak ke tandas. Kalau dalam masa 30 minit ni anak terlepas di seluar, kurangkan masa ke 15minit sekali ke tandas.
- Masa ni memang la penat juga kan tapi demi kebebasan dari pampers tetap teruskan.
- Ada masa Danial akan terlepas diluar tandas, so masa ni jangan marah walaupun penat sangat. Tunjukkan tempat yang patut dia buang air dekat mana.
- Gunakan toilet seat untuk kanak2. Selesa sikit untuk anak yang masih kecil nih.
![]() |
Toilet seat untuk kanak-kanak |
Letih sangat-sangat untuk minggu pertama nih haha ! Macam2 cabaran dan dugaan , berat dan ringan. Untuk parents memang kena la banyakkan bersabar.
Tips nak bagi anak tak takut ke tandas, lepas dia selesai membuang, bila dah keluar tandas ramai2 tepuk tangan , pujian memang kena melambung.
Masa ni tengok akhir minggu pertama Danial dah mula ok dan biasa.
Kakak Aisyah yang paling banyak bantu kejap2 tanya "Danial nak pergi tandas ? Hehehee
Minggu ke dua dan ke 3 :
- Lepas selesai minggu pertama yang konsisten, latihan anak ke tandas kena juga diteruskan. Masa ke tandas dah mula boleh dipanjang ke satu jam sekali atau 2 jam sekali ikut keadaan anak.
- Anak perlu minum air secukupnya, jangan halang atau kurangkan pengambilan air supaya dia kerap ke tandas. Tujuan nya supaya anak ni lama-lama dia kenal tempat sepatutnya dia mem 'buang' adalah di tandas.
- Masa minggu ke-2 nih kami mula bawa Danial ke luar beraktiviti tanpa pampers. Tempat pertama ke kedai makan. Sampai je kedai tuju tandas dulu. Masa ni Danial agak menolak sebabnya dia tak biasa & agak takut. Tapi pujuk perlahan-lahan dan biar dia buang air naturally.
- Dah selesai macam biasa pujian sampai dia rasa bangga berjaya buang air di tandas.
- Kemudian ke taman permainan yang ada tandas dan juga ke pasar raya.
Cumanya sekarang malam masih pakai pampers lagi. Minggu seterusnya nak train Danial untuk tak pakai pampers masa tidur.
Okey dah habis story pasal potty training Danial. Doa kan lepas nih boleh bebas sepenuhnya daripada pampers.
Jom share macam mana anda punya experience potty train anak-anak sebelum 5 tahun.
10 Comments
kalo diindonesia ini supermom
ReplyDeleteWahh..supermom ya..thanks 😀
DeleteBukan mudahkan nak latih anak-anak. Good job !
ReplyDeleteBetul.kena banyak bersabar. TQ 😀
DeleteWah, bestnya. Nanti mau try lah tips ni. Anak 1st masih lagi pakai pampers.
Deletego-go kate, mudah2an dapat free from pampers
DeleteSusah rasanya nak train anak tak pakai pampers ketika tidur.
ReplyDeleteKan, sy pun belum berjaya lagi nih.
DeleteSaya pon tgh ajar kan ank sy xpakai pamper, fuhh 1st dy mmg penat kite,... pagi smpi ke mlm sy training die, alhmdllh die mula nk pham...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah sis. Kita parents kena byk2 sabar masa mula, inshaAllah lama2 dah ok :)
Delete