Resipi Ayam Bakar Madu Mudah

Ayam bakar madu mudah dan senang nak dibuat berbanding dengan lauk lain sebenarnya. Tapi yang leceh sikit mungkin masa nak sediakan bahan perap sahaja. Masa perapan pula paling kurang dalam tiga jam sebelum dibakar. Ini bagi memastikan semua bahan benar-benar diserap dalam daging ayam. Barulah rasanya sedap apabila dimakan. 

Resepi Ayam Bakar Madu Mudah dan Sedap 

Bahan-bahannya:
  • Ayam separuh (potong besar)
  • Bawang putih 2 ulas (tumbuk lumat)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Cili sos satu sudu
  • Garam 2 sudu teh
  • Madu satu sudu makan
  • Sedikit minyak masak

Cara-Cara Buat Ayam Bakar Mudah :

  • Bersihkan ayam tak perlu buang kulit
  • Lumurkan semua bahan diatas kecuali minyak masak
  • Perapkan sebentar ( lagi lama lagi bagus, tapi saya perap kejap je dalam sejam sebelum masak..hehe)
  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selepas 15minit kemudian bakar ayam dalam 30 minit.
  • Selepas 30minit keluarkan sekejap dan lumur kan dengan minyak masak atas ayam tadi. Tujuannya untuk tak nak biar ayam kering.
  • Sambung bakar lagi dalam 30minit atau sehingga masak.
  • Sediakan dengan salad, hirisan tomato, dan timun.
  • Boleh juga di makan dengan nasi panas atau nasi ayam


ayam bakar madu sedap


Selamat mencuba semua. Ayam bakar madu ini boleh dimakan dengan sos pencicah sedia ada ataupun dibuat sendiri. Selain dimakan dengan nasi ianya juga boleh dimakan dengan salad dan juga tomato jika anda sedang mengamalkan diet berasaskan protein. 

No comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]