Petua Didik Anak bertanggungjawab Sejak Kecil

Pengalaman Sepanjang Jadi Ibu Bekerja :


Sejak anak saya yang pertama lahir, saya masih lagi bekerja seperti ibu-ibu lain yang bekerja. Ada masa kadangkala saya terpaksa pulang lewat dari pejabat, ada kalanya dapat balik awal. Anak yang pertama saya dijaga oleh ibu mertua dan ibu saya berselang selama dalam beberapa tempoh masa. Dan selepas anak dah mula nak belajar berjalan saya dan suami setuju untuk hantar ke pusat jagaan. Sehinggalah kami pindah ke Johor saya sambung belajar di UTM untuk Master Degree dan pregnant anak kedua, Danial. 

Lepas tu dah mula pasang angan-angan nak cari pendapatan daripada rumah apabila masa sesuai. Saya kerja semula selepas Danial lahir sehingga suatu tempoh waktu dan akhirnya saya ambil keputusan resign. 

Berhenti Kerja dan Jaga Anak di Rumah :


Jadi, apabila saya mula jaga anak-anak dirumah secara fulltime. Masa tu mulalah kan macam-macam perangai anak-anak keluar.Selama ni petang masih di taska, kadangkala malam baru dapat balik ke rumah. Anak-anak pun dah penat dan tidur awal. Biasanya apabila kita sebagai ibu dirumah anak-anak akan lebih manja sampai adakala menguji kesabaran juga. 

Jadi, saya fikir saya perlu usahakan supaya anak-anak lebih berdisiplin dalam setiap perkara yang mereka lakukan dan akhirnya mendidik mereka menjadi lebih bertanggungjawab. Saya juga ada merujuk pada perbincangan dengan ibu-ibu yang lain, serta beberapa bahan bacaan tentang keibubapaan dan pendidikan anak dirumah.

Antara Petua-petua untuk mendidik anak lebih berdisiplin ialah:

  • Jika masih kecil, ajarkan mereka selepas menyusu tu hantar botol susu kosong terus ke sinki dapur. Tunjukkan bahawa botol itu perlu dibasuh selepas guna.
  • Barang mainan pula seharusnya selepas main ajarkan supaya tidak ditinggalkan begitu sahaja. Saya letakkan syarat jika masih bersepah sehingga waktu hendak tidur maka mainan itu akan disimpan selamanya. Atau sehingga mereka belajar untuk mengemas barulah mainan itu dikembalikan.
  • Untuk anak yang dah mula bersekolah pula, sejurus sampai dirumah tudung dan baju sekolah yang telah kotor diletakkan di laundry basket atau sangkutkan di penyidai. Kalau letak di lantai atau bersepah saya akan masukkan dalam tong sampah kertas. (Maksudnya masih tong sampah sebab kalau tong sampah biasa nanti kotor teruk pula kan..)
  • Bekas makanan dan minum yang dibawa mesti dibasuh sendiri untuk anak yang dah bersekolah.


Tapi kita sebagai ibubapa pantau juga, sebab kadangkala anak2 basuh pun belum sempurna masih berminyak dan sebagainya. Yang penting first hand basuh adalah anak untuk setiap kali dia makan atau bekas makanan mereka.

Lain-lain antara yang saya praktikkan adalah setiap kali lepas keluar ke pasar raya atau bermain di taman, sampai rumah mesti basuh kaki ini mengajar mereka tentang pentingnya kebersihan diri. 

Selain itu, untuk anak yang dah bersekolah selepas bangun tidur katil mesti dikemas dan selimut dilipat. Jika bersepah, duit belanja sekolah akan diberi separuh sahaja. Anak membawa bekal ke sekolah jadi bukanlah kata tak beri makan pula ye. Cuma nak memdidik mereka tentang pentingnya sentiasa dalam keadaan kemas dan bersedia. 

Belajar Bersabar Dalam Menguruskan Anak:


Dalam hal-hal mendidik anak-anak nih kadangkala kita akan diuji kesabaran yang sangat tinggi. Andai kata kalau dalam usaha nak mendidik anak belum berapa menjadi atau anak-anak memberontak dan melawan, kita perlu terangkan dengan lembut dan tegas kesan daripada sikap mereka yang tidak baik. 

Jika anak-anak belum berjaya ikut peraturan dan bertindak dalam keadaan yang tidak baik dan bukan yang sepatutnya, janganlah kita tertekan. 

Kita juga dalam proses belajar untuk jadi ibubapa yang terbaik. Setiap daripada kita punyai kekurangan namun tak bererti kita harus menyerah kalah dalam perjuangan menjadikan anak-anak kita insan yang berguna kelak. 

Kita cuma mungkin belum capai kejayaan, bukan bermaksud kita telah gagal dalam menjadi ibubapa terbaik.

Jadi, macam mana anda yang lain pula? Jom share cara didikan anak anda di komen.

Lea Razali

12 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. betul.. mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab bukan bermakna kita lepas tangan sebaliknya mempersiapkan anak-anak menjadi lebih matang dan berani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, kadangakala memang menguji kesabaran tapi demi masa depan anak kena juga la berperaturan dan ajar disiplin daripada kecil2 lagi nih.

      Delete
  2. good sharing sis..cikyan suka.. mmg penting ada cara didik anak2 dr kecil.. supaya mereka berdisiplin..ckyan pon harap satu hari, cikyan mmapu didik anak2 jd berdidiplin.. hormat org tua... semoga anak2 kita adalah anak2 yg soleh ya sis !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, inshaAllah moga2 anak kita semua jadi yang terbaik dunia akhirat amin :)

      Delete
  3. memang kena didik anak jadi bertanggungjawab.. kalau dah main mesti kena kemas. kalau dah makan mesti kena cuci pinggan, kalau balik sekolah,baju kotor masuk kat bakul laundry...

    nanti dah besar akan terbiasa...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

    ReplyDelete
  4. blogwalking dari segmen mialiana.com :)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing.. semuanya kena bermula dari kecil kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah betul2, semoga bermanfaat sis.

      Delete
  6. ibu yang cerdas menghasilkan anak2 yang cerdas...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post