Resepi Ikan Stim Ala Kantonis Mudah

Assalamualaikum semua,

Dalam sibuk nak hantar anak sekolah, jemput nak masaknya lagi, kadang-kadang terfikir apa ye menu yang mudah dan cepat dimasak.

Jadi saya nak share la menu makan tengahari yang sangat mudah dan berkhasiat nih untuk korang.



Menu 1: Ikan Siakap Stim Simple

Bahan-bahan:

  1. Ikan siakap seekor 
  2. Halia satu inci (sebesar ibu jari tangan)
  3. Bawang putih 2 ulas
  4. Daun bawang
  5. Sos tiram
  6. Kicap manis/biasa
  7. Cili potong (optional*) 
Optional* = Nak letak atau tidak pun terpulang pada individu
Cara-cara :
  1. Bersihkan ikan dan lumur dengan garam. 
  2. Kemudian hiris halia nipis2 dan letakkan pada ikan dan stim hingga separuh masak
  3. Buangkan air stim tersebut.
  4. Tumiskan bawang putih sehingga agak garing
  5. Kemudian tambahkan sos tiram yang dicampur air panas sedikit serta kicap manis.
  6. Tuangkan pada ikan yang telah masak/di stim tadi.
  7. Sedia dihidang dengan nasi panas.

Kalau ikutkan resepi asal mungkin lebih complicated gitu, tadi kita buat ikut bahan yang ada dalam peti ais je la hehe. Dah siap ikan masak stim simple penuh khasiat kurang lemak dan minyak. 



Sedia dimakan dengan nasi panas-panas.




Nanti share resepi lagi okey,




Post a Comment

4 Comments

  1. teringat dulu arwah mak selalu masak ikan nih..sekarang nk mkn kne masak sndiri laaa...tapi ni, buat cikyan terliur jela... huuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

      إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

      Moga arwah mak cikyan ditempatkan dikalangan para Solihin inshaAllah amin.

      Boleh try resepi ni hehe, cepat je masak.

      Delete
  2. Resepi yang mudah.. Sha suka makan ikan stim macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha, senang gitu cepat disediakan hehe

      Delete