Hari ahad lepas memang seronok sangat sebab menjadi juga plan mendaki kiteorang ke Gunung Pulai, Johor. Bukan apa, sebulan sebelum tu tutup ada renjer yang jaga beritahu ada masalah kebersihan dekat trail.
Sepatutnya golongan pendaki yang selalu naik hutan nih jangan la biarkan kawasan trail dipenuhi sampah sarap sendiri. Kalau berniat bawa makanan berbungkus naik ke atas, pastikan turun juga dibawa bersama dan buang ditempat sepatutnya.
Tips dan Petua Kurangkan Sakit Kaki Masa Lepas Hiking :
Selalunya selepas senaman berat atau mendaki, otot badan akan mula rasa sakit. Ini biasanya disebabkan oleh Delayed Onset Muscle Soreness atau singkatannya DOMS.
Keadaan ini terjadi sebab otot badan kita bekerja lebih daripada biasa dan akhirnya menyebabkan rasa sakit biasanya selepas mendaki. Rasa lebih sakit lagi jika memang tak pernah lakukan senaman berat sebelum ni.
Tapi yang bagus, otot badan kita akan mula beradaptasi dengan keadaan bekerja berat serta akan bertambah kuat. ![]() |
Kenangan di puncak Gunung Silipat, Thailand --> BACA SINI |
Jadinya, seeloknya la kan kita cuba juga bersedia dengan lakukan senaman sebelum aktiviti mendaki atau jogging.
- Makan berat hari sebelum pendakian untuk persediaan badan sebelum mendaki. Kalau boleh tak mahu lah pengsan pula kan semasa mendaki.
- Antara petua yang cuba menjadi ialah ambil protein sebaik turun dari mendaki. Antara pilihan protein ialah daripada telur rebus atau kalau tak makan telur? Boleh la ambil protein shake atau makanan berasaskan daging ayam atau susu.
- Lakukan squat-training sebelum mendaki untuk kuatkan otot kaki dan juga lutut.
- Sedikit urutan ringan pada otot dibahagian belakang kepala lutut sebelum mendaki juga dapat bantu kurangkan tekanan pada ligamen dan otot. Dan juga boleh bantu elakkan cramp semasa mendaki.
- Semasa mendaki jangan paksa badan. Jika rasa dah mula letih atau lutut dan kaki sakit, berhentilah berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti.
- Buat senaman regangan (warm-up) sebelum mendaki dan cooling down selepas turun boleh kurangkan kesakitan otot selepas mendaki.
Kadangkala ada masa rintangan yang paling besar yang perlu kita hadapi adalah rintangan minda kita sendiri. Mula kan dengan yang ringan dulu contoh aktiviti mendaki bukit dulu ke untuk kita tahu kekuatan sebenar diri.
Saya pun juga adakala lemah juga dengar nak mendaki gunung nih, tapi cuba juga dalam kata sesuaikan dengan kekuatan diri sendiri. Tak lari gunung dikejar gituu.
Haulia Razali
14 Comments
woww bolehh try..sbb sy mmg seorang yg suka hikingg.. :D
ReplyDeletefollow sini #40
seronok kan aktiviti mendaki boleh kurangkan stress jugak tuh. :)
Deletelast daki gunung pada SUKOM 1998 iaitu Gunung Kinabalu. Bila sampai di bawah habis sakit kaki.
ReplyDeleteP.S. Abam Kie follows your blog.
Terima kasih. Sampai juga tu Abam Kie, tahniah berjaya ke puncak G.Kinabalu. :)
DeleteGOOD SHARING SIS !
ReplyDeleteThanks Cikyan :)
DeleteTips yang bagus..
ReplyDeleteThank you Sha :)
DeleteEsp best.
ReplyDeletesangatt best sy pun suka
Deleteseingat saya ...
ReplyDeletebelum pernah buat aktiviti mendaki gunung..
dulu-dulu ada kawan ajak dan biasanya ditolak..
sekarang sudah sibuk memanjang..lagilah susah nak buat aktiviti sebegini
Boleh mulakan sekarang jika nak, mula-mula naik bukit dulu pun okey untuk biasakan diri. Kemudian baru daki gunung.
Deletegreat sharing. bole dipraktikkan nanti bila hiking
ReplyDeletebaru2 ni ada jugak pergi hike, kakinya tak sakit cuma kulitnya terbakar haha
Tq sis, kena pakai sunblock, tambah satu lagi tip mendaki.
Delete