Sebenarnya lama dah nak share resepi nih, cuti Chinese New Year yang lepas ada kami sekeluaraga ada dapat peluang makan kat K-Fry Urban IOI City Mall, jadi masa tu rasa macam sedapnya ayam goreng korea ni rupanya.  

Tapi kalau makan dekat situ menunya memang sedikit mahal. Mungkin juga sebab bahan-bahan import dari Korea yang digunakan menjadikan harga makanan sedikit tinggi. Jadi apabila dah balik ke rumah sendiri ni, maka terjadilah resepi ini saya olah sendiri dari bahan-bahan dalam dapur rumah sahaja. Mudah lagi menyelerakan. 

Antara bahan- bahan untuk Ayam Sos Plum Ala Korea ialah: 

  • Daging Ayam tanpa tulang anggaran 300gram
  • Sos Tiram 1 sudu
  • Sos Cili 2 sudu
  • Sos Plum 3 sudu
  • Tepung Jagung 2 sudu
  • Serbuk Lada Hitam Secubit
  • Bawang putih 2 ulas
  • Garam secukup Rasa

Cara- Caranya adalah seperti dibawah :

  • Bersihkan ayam potong kecil dan toskan,
  • Lumurkan ayam dengan garam + lada hitam + tepung jagung dan ketepikan sebentar,
  • Racik halus bawang putih dan ketepikan dahulu,
  • Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ayam sehingga masak dan rangup
  • Ayam tadi digoreng dahulu sehingga agak rangup
  • Tumis bawang putih dgn sedikit minyak sehingga naik bau dan garing.
  • Kemudian campurkan dengan 3 jenis sos diatas sehingga agak masak dan pekat.
  • Gaulkan dengan ayam yang telah di masak tadi sehingga sos rata.
  • Sediakan dan boleh dihias dengan taburan bijan atau daun salad ( Optional )

P/s : masakan ini sedap dimakan dengan nasi panas atau dibungkus dengan daun salad jika gunakan hanya isi ayam. 

Best kan boleh makan puas-puas. Nak bagi lawa sikit taburkan bijan pada ayam yang nak dihidangkan tu. Confirm sekejap je habis. 

Terima kasih komen2 anda. Saya akan balas kunjungan inshaAllah.

*....gambar tak dapat view pula..nanti akan diupdate kemudian inshaAllah.

Haulia Razali