Sebenarnya lama dah nak share resepi nih, cuti Chinese New Year yang lepas ada kami sekeluaraga ada dapat peluang makan kat K-Fry Urban IOI City Mall, jadi masa tu rasa macam sedapnya ayam goreng korea ni rupanya.
Tapi kalau makan dekat situ menunya memang sedikit mahal. Mungkin juga sebab bahan-bahan import dari Korea yang digunakan menjadikan harga makanan sedikit tinggi. Jadi apabila dah balik ke rumah sendiri ni, maka terjadilah resepi ini saya olah sendiri dari bahan-bahan dalam dapur rumah sahaja. Mudah lagi menyelerakan.
Antara bahan- bahan untuk Ayam Sos Plum Ala Korea ialah:
- Daging Ayam tanpa tulang anggaran 300gram
- Sos Tiram 1 sudu
- Sos Cili 2 sudu
- Sos Plum 3 sudu
- Tepung Jagung 2 sudu
- Serbuk Lada Hitam Secubit
- Bawang putih 2 ulas
- Garam secukup Rasa
Cara- Caranya adalah seperti dibawah :
- Bersihkan ayam potong kecil dan toskan,
- Lumurkan ayam dengan garam + lada hitam + tepung jagung dan ketepikan sebentar,
- Racik halus bawang putih dan ketepikan dahulu,
- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ayam sehingga masak dan rangup
- Ayam tadi digoreng dahulu sehingga agak rangup
- Tumis bawang putih dgn sedikit minyak sehingga naik bau dan garing.
- Kemudian campurkan dengan 3 jenis sos diatas sehingga agak masak dan pekat.
- Gaulkan dengan ayam yang telah di masak tadi sehingga sos rata.
- Sediakan dan boleh dihias dengan taburan bijan atau daun salad ( Optional )
P/s : masakan ini sedap dimakan dengan nasi panas atau dibungkus dengan daun salad jika gunakan hanya isi ayam.
Best kan boleh makan puas-puas. Nak bagi lawa sikit taburkan bijan pada ayam yang nak dihidangkan tu. Confirm sekejap je habis.
Terima kasih komen2 anda. Saya akan balas kunjungan inshaAllah.
*....gambar tak dapat view pula..nanti akan diupdate kemudian inshaAllah.
Haulia Razali
8 Comments
Macam senang ja... hehehe ^^ akan di'try inshaallah :D Thank you bagi resipi ^^ -Hana follow sini ya :3
ReplyDeleteSangat senang je Hana, sekejap je dah siap. Boleh try nanti hehe
Deleteokay
ReplyDeleteboleh try nih sebab tak nampak rumit
thanks sudi kongsi resipi :)
InshaAllah tak begitu rumit. bahan2 mudah je. sama2 :)
DeleteNampak macam sedap
ReplyDeleteSerius sedap juicy didalam rangup diluar mcm tuh :)
Deletesedapnya nampak !
ReplyDeletesedap cikyan..cuba try hehe
DeleteTerima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya