Masa dekat sekolah asrama dulu pernah juga la kawan ikut balik sebab rumah dia jauh. Jadi kawan saya tu disajikan dengan lauk pauk minang style oleh mak saya seperti ayam masak lemak cili api, ikan goreng sambal berlado dan sayur taugeh tauhu masak lemak. Macam special la sebab ada tetamu datang kan, jadi kawan saya ni memang bertambah-tambah makan sebab jarang dia makan masakan minang. Sedap katanya alhamdulillah.

Mak saya memang pandai memasak sampai kan kenduri kahwin saya pun mak juga yang mengawal menu-menunya dulu. Tapi, sejak berpindah duduk di Johor kadangkala nak balik makan lauk mak masak pun jarang, mungkin sebulan sekali atau dua baru ke kampung. Jadinya, belajar masak sendiri jela resepi masakan Minang ni dekat rumah sendiri.

jadi, hari ni saya nak share dengan korang rahsia nak buat ayam masak lemak cili api sedap macam makan kat Rembau ke atau Seremban atau Sesapan Batu Minangkabau. 

Pernah ke tempat tu tak, korang?

saya masih belajar lagi 


Okey mula2 resepi Masak Lemak Cili Api kat bawah nih :

  1. Ayam                  400 ke 500 gram (1/2 ekor ayam sederhana)
  2. Bawang merah  4 biji
  3. Bawang putih    2 biji
  4. Halia                   1 inci ( agak2 jela)
  5. Cili api                5 biji ( tumbuk halus)
  6. Serai                    1-2 batang
  7. Santan kotak     ( 3/4 kotak) 
  8. Asam keping/gelugor 1 keping
  9. Garam sesedap rasa
  10. Gula 1 sudu 
  11. Kentang 1 biji potong 6 bahagian
  12. Serbuk kunyit 1/2 sudu teh (sikit sahaja)
  13. Bahan perasa /stok ayam ( optional)

Cara-cara Masak Ayam Lemak Cili Api

  • Cara-cara nya mula2 tuh hiris la nipis-nipis bawang dengan halia tu.
  • Kemudian ayam yang dah dibersihkan tuh letak dalam periuk dan buka api perlahan. Kita panaskan ayam tanpa apa-apa bahan sambil tuh letak bahan-bahan hiris tadi semuanya dan gaulkan dengan ayam tadi.

Lebih kurang macam nih gaulkan semua

  • Kemudian tambah cili dan santan yang dah dicairkan sedikit. 
  • Kalau guna santan kotak tuh jangan masukkan terus dari kotak ye kawan2. Cairkan dulu dengan secawan air, kacau dan baru masukkan dalam periuk.
  • Okey, sekarang kacau-kacau dan tambah sedikit serbuk kunyit. Kacau dan bila dah mula berasap masukkan kentang.
  • Dah mula nampak warna kuning kan so kacau jela sampai la mendidih dan santan masak, kentang empuk. Dan, jangan lupa garam dan gula secukup rasa serta asam gelugor ye.

Kena sentiasa dikacau untuk elakkan santan berketul-ketul

Jom baca Tips Masak Lemak Cili Api Sedap :

  • Ikut petua mak saya yang memang orang minang, nak sedap bawang tu kena bilangannya genap. Kalau bawang merah 4, maka bawang putih 2 dan gandaan seterusnya la macam tu..
  • Kemudian, yang menjadikan masak lemak sedap ialah santan tak boleh berketul masa masak. Jadi api kena perlahan dan kuah sentiasa dikacau sehingga masak bahan dan santan.
  • Ikut cerita mak, arwah Atok pantang sungguh kalau santan berketul boleh tak jadi makan..ceritanya la macam tu..
  • Lagi satu, rasa garam ,gula asam mesti seimbang. Halia tak boleh terlebih nanti rasa masak lemak nih akan pahit. Jadi agak-agak ye.
  • Nak sedap tambahkan sedikit serbuk kari semasa dah mula santan nak masak. Sikit saja, macam secubit macam tu jela.
  • Last but not least, kena dimasak dengan penuh kasih sayang baru laa paling sedap.

So , kalau bercita-cita nak try buat Masak Lemak Cili Api sedap menjilat cari inshaAllah boleh la cuba resepi yang dishare nih.

Dah baca ke, jomm komen sikit