Dengan keadaan pendapatan bulanan dari kerja hakiki kadangkala tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian, bisnes online dari rumah merupakan salah satu jalan keluar yang dapat bantu menambah pendapatan. Tidak lupa juga ramai yang telah kehilangan pekerjaan sejak dunia dilanda pandemik Covid-19. Jadi, macam mana cara nak mulakan bisnes online atau bisnes dari rumah yang mudah diuruskan? Antaranya ialah ;

Cara Mulakan Bisnes Online Dari Rumah :

    • Pilih produk yang tidak perlukan kos permulaan yang besar. Contohnya produk yang sehingga perlu buat loan /pinjaman bank untuk mulakan bisnes.

    • Pilih bisnes yang ada mentor dan group support yang kuat dan bergerak dalam kumpulan supaya tidak ketinggalan dalam promosi produk.

    • Pilih produk yang dah ada tempat dipasaran dan mesra pengguna contoh produk makanan siap pek, tudung ataupun buku pelbagai genre.

    • Jika korang seorang surirumah pilihlah bisnes yang ada akses online, Contoh : produk boleh dipesan secara online, penghantaran produk ke customer melalui web syarikat dan material iklan juga disediakan. Secara tidak langsung ianya membantu korang sambil lakukan kerja rumah.


Ramai yang dah bermula dengan bisnes online sahaja dari rumah dan mereka sangat berjaya. Cuma yang penting tak kisah apapun jenis perniagaan yang kita pilih, pastikan ianya halal dan juga korang kena konsisten dalam memasarkan barang jualan.