Sempena cuti Hari Kemerdekaan yang ke-61 lepas, kami sekeluarga bercadang nak bercuti ke sekitar Desaru, tapi sebab tempahan hotel tak dapat dibuat sebab penuh jadi teruskan pemanduan ke sekitar Sedili. Ini adalah kali pertama saya jejakkan kaki ke sini.

Perjalanan Dari Tanjung Balau ke Sedili :

Sepanjang perjalanan dari Tg.balau ke Sedili nih jalan nya agak sunyi dan lalui kawasan estet dan juga hutan. Paling tak dapat lupa bila nampak pantai Tanjung Buluh yang sangat cantik. 

Pantai Tanjung Buluh 

Tapi kami teruskan perjalanan menuju ke Jason's Bay atau Pantai Teluk Mahkota di Kampung Sg.Gading, Sedili. Sampai saja terus kami ke Jason Bay Beach Resort yang betul-betul terletak berhadapan dengan pantai. 

Kawasannya yang sangat cantik sangat memukau untuk stay semalam disini, tapi malangnya kami tak dapat bilik sebab dah penuh. 



Jadi, kami teruskan dengan aktiviti mandi manda air pantai dengan anak-anak. Di sini terdapat banyak gerai makan dan restoran. Jadi, tidak susah nak cari makanan disini. Ada tandas awam dan ramai pengunjung yang datang memilih untuk berkhemah di sini.



Disebabkan masa yang kami datang peak jadi memang ramai pengunjung parking agak penuh. Kelebihan pantai Jason Bay antaranya ialah jarak tempat berteduh lebih dekat berbanding pantai Tg.Balau dekat dengan Desaru. 

Jeti Tanjung Sedili (Sedili Kecil) :

Selesai aktiviti mandi dan santai di pantai, terus kami memandu ke kawasan jeti Tg.Sedili sebelum pulang. Sampai je terus nampak kedai jual keropok lekor dan pelbagai jenis ikan masin. Saya suka beli yang jenis keropok lekor kering buat stok di rumah.

Keropok Lekor 


Jeti Sedili Kecil 

Mesti la kena singgah kan sebab kami ni peminat keropok lekor kering dan basah. Beli sedikit dan juga sos pencicah istimewa untuk dibawa balik. Untuk perjalanan balik ke Kulai, kami pilih jalan melalui Felda Bukit Aping ke Felda Waha dan terus ke Kota Tinggi. 

Stesen Minyak Simpang Felda Waha :

Untuk info di Tanjung Sedili, kami tak jumpa tempat untuk isi minyak kereta. Tak pasti samada masa kami pergi tu tutup atau memang tidak ada. Jadi nak tak nak kami terus ke Petronas simpang Felda Waha dalam masa 15 minit perjalanan macam tu. Jadi, kalau ada yang nak ke sini lebih baik kalau dapat isi minyak penuh supaya tak kelam-kabut cari stesen minyak nanti.

Restoran Masakan Laut Hassan Ong (Restoran Masakan Cina Muslim):

Sampai di Kota Tinggi, kami singgah di Restoran Masakan Laut Hassan Ong  (Kedai makan dengan masakan cina muslim) untuk rasa masakan paling popular disini iaitu masakan berasaskan daging rusa. Kami pilih menu daging rusa black pepper hotplate macam dekat gambar di bawah ni.


Daging Rusa Black Pepper 

Alhamdulillah selesai makan di kedai ni ada disediakan ruang untuk solat yang sangat besar. Selesai solat kami bertolak pulang ke Kulai melalui Ulu Tiram terus ke Senai.

Haulia Razali