Jalan Jalan Cari Makan Di Bandar Ipoh Perak

Assalamualaikum semua,

Rasa macam dah lama tak ke Ipoh sejak last lawatan semasa cuti sekolah setahun dua lepas. Jadi hari ni saya nak share tempat-tempat makan yang sempat kami singgah dan cuba di Ipoh. 

Kalau lepas makan tu rasa nak bakar lemak boleh la ke Gua Tempurung --> baca sini 

Greentown Dimsum cafe


Jom mula dengan kedai yang boleh anda cuba semasa sarapan di Ipoh iaitu antaranya di Greentown Dimsum cafe. Khas untuk peminat dimsum atau belum pernah cuba makan dimsum, boleh try makan di sini. Selain dimsum ada juga senarai makanan lain seperti Mee Wantan dan sebagainya.


Alamat restoran
Lupa dah menu apa nih
Wantan Mee


Nasi 'Ganja' Vanggey Ipoh


Kebanyakkan masyarakat tempatan panggil Nasi Ganja, tak pasti juga ye kenapa? Sebenarnya Nasi Ganja ni adalah nasi kandar, nasi berlauk. Jadi yang 'Vanggey' tu sebab pekerja kedai panggil orang ramai untuk makan dengan melaungkan "Vanggey ! Vanggey! " 

Begitu la ikut ceritanya, tapi masa datang makan macam senyap je la tiada laungan hehe. Tapi memang ramai sangat orang datang untuk makan sampai perlu beratur panjang.

Nasi Vanggey Ipoh

Penuh pinggan hehe
Boleh tahan juga sedapnya, dengan kuah kari, dengan macam-macam pilihan lauk pauk yang nampak menyelerakan. 


Minum Petang di Sekitar Concubine Lane, Ipoh


Dah berjalan kesana kemari di bandar Ipoh, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk pergi ke Concubine Lane di tengah-tengah bandar Ipoh. Jika pada hari cuti umum keadaan agak sesak dan susah nak dapat parking. Kena menapak agak jauh dari jalan ini.


Taufu fah dekat Concubine Road
Tapi yang pastinya, jika melewati jalan ini akan nampak seperti old town yang penuh nostalgia bandar Ipoh lama. Juga terdapat mural-mural yang sangat cantik dan juga instagrammable. 


Mural tepi laluan pejalan kaki

Mural besar di bangunan

Jadi,sepanjang jalan ini dan sekitarnya terdapat banyak gerai-gerai makan dan minum seperti gerai cendol, gerai taufu fah. Saya berkesempatan cuba satu taufu fah di situ. 


Kedai Mee Udang @ Ketam Sempoii Diraja Ipoh


Makan malam kami ambil peluang ke satu gerai mee udang yang agak famous di Ipoh kerana udangnya yang besar-besar, tapi sebenarnya agak jauh juga la dari bandar Ipoh ni dan kena ambil masa dalam setengah jam pemanduan juga. Tapi sebab dengar udang galahnya besar-besar belaka, maka kesana lah kami hehe.

Memang terbaik!

Antara menu yang ada disini
Mee udang besar nya



Kami juga ada singgah makan malam di satu restoran Hainan Chicken Rice di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. 


Kerabu mangga portion besar
Roasted Chicken portion besar


Ada juga yang kami singgah di food court di dataran jika tak silap, tapi tak ambil gambar pula disitu. Banyak juga pilihan makanan dari gerai yang berbeza.

Sekian coretan pengalaman cuti sambil cari makan di bandaraya Ipoh Perak. Memang sangat menarik jalan-jalan disini. InshaAllah jika ada peluang akan kesini lagi.


Terima kasih kerana sudi baca. 


Post a Comment

11 Comments

  1. sedapnya taufu fah tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan lembut, boleh cuba kalau ke Ipoh :)

      Delete
  2. Selalu pegi ipoh tp belum rezeki nak food hunting. selalu pegi mesti ada hal lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada masa boleh food hunting di Ipoh. Memang banyak lagi kedai makan yang menarik belum cuba juga.

      Delete
  3. wow menu dia semua nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh banyak sangat tempat makan best boleh cuba nanti inshaAllah.

      Delete
  4. sedapnya kerabu mangga tu.. taufu fah tu pun nampak menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sedap sis, boleh try kalau ke sana :)

      Delete
  5. semua makanan nampak sedap . Saya jarang sampai ke ipoh .

    ReplyDelete