Kenangan Stay Di Swiss-Garden Beach Garden Lumut Perak

Sebenarnya cerita dah lama cuti sekolah yang bulan Mac lepas, tapi lepas blog ada masalah sikit hari tu tak dapat nak update kisah stay di Swiss-Garden Beach Resort Lumut.

Ok la nak cerita, masa cuti sekolah lepas plan on the spot je nak bawa anak-anak mandi laut dengan kolam renang sekali. Cari punya cari, jumpa review tentang Swiss-Garden Beach Resort yang terletak di Lumut ,Perak. Terus rasa nak pergi sebab katanya ada tambahbaik pada waterpark yang sedia ada di sana. 

Di sebabkan husband tak dapat ikut sebab kekangan cuti , maka kami saja lah yang pergi dengan anak-anak.

Pemandangan ketika matahari terbenam dari depan resort

Pandangan dari balkoni yang menghadap laut, سُـبْـحَـانَ ٱلله


Bilik kami, tambah satu katil lagi untuk sikecil

Lepas dah check-in semua selesai, maka ke waterpark la kami dengan anak-anak yang dah tak sabar nak main air.


Salah satu kolam yang ala-ala jakuzi



Memang best dan besar waterpark yang telah diubahsuai, seingat saya ada lima jenis kolam renang sesuai untuk peringkat umur tertentu dari bayi hingga ke kolam untuk orang dewasa atau yang lebih  dalam.


Kolam yang lebih meriah dengan gelongsor air dan tidak dalam

Kalau dah penat main air kolam ,boleh la berjalan ke sekitar pantai yang terletak betul-betul di hadapan Resort. Boleh anak-anak sambung buat sand castle dan main pantai pula.

Main pantai pula

Seharian main air kepenatan masing-masing, jadi malamnya kami decided pergi makan malam disekitar bandar Lumut. 


Ada banyak kedai makan dengan harga yang berpatutan terutamannya menghala ke Jeti ke Pulau Pangkor.

Esoknya, breakfast di resort sahaja dan sambung main air sebelum check-out. Sebelum kembali ke sarang, kami ambil peluang borong ikan bilis mata biru di Lumut.





Post a Comment

0 Comments