Mudahnya Belajar Bahasa Korea Secara Online

Cara Cepat Belajar Hangul @ Bahasa Korea


Hi semua, awal tahun 2019 selepas plan ke Korea dah tetap tapi tiba-tiba ada rasa takut nak ke negara orang. Lagi-lagi bila bahasa yang digunakan pun bukanlah bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Jadi, masa tu Google juga la cara nak belajar asas bahasa Korea yang cepat dan mudah. 

Pengalaman ke Nami Island Korea

Last-last jumpa dengan satu private tutor yang menawarkan kelas diajar secara online. Hah! terus la contact dengan admin page tersebut. 

Setelah quoation diberi dan bersetuju dan membayar harga kelas yang ditetapkan, saya dimasukkan dengan pelajar lain dalam satu group telegram khas. Kelas bermula pada jam 9 malam setiap Isnin, sekali seminggu. 

Yang bestnya, cikgu siap bekalkan buku lagi dengan cara dipos ke rumah. Jadi tak perlu la susah-susah cari lagi di kedai buku atau online.

Kelas dimulakan dengan asas mengenal sebutan huruf konsonan dan vokal. Rupa-rupanya, huruf bahasa Korea ni tak perlu dihafal seperti bahasa Cina, ianya dieja seperti gabungan konsonan dan vokal.

Jadi mudah juga la disitu, cuma yang perlu dihafal ialah bunyi setiap huruf dan sebutannya apabila digabungkan. Kelas berlangsung selama 10 minggu dengan satu bab setiap kelas.

Setiap permulaan kelas, pelajar perlu ulang semula perbualan dengan cikgu mengikut buku. Ini bertujuan untuk betulkan cara sebutan.

Alhamdulillah memang berbaloi rasanya ambil kelas ni, cikgu pun sporting je. Takde la nak paksa-paksa kita hafal atau marah-marah. Lebih pada ikut pace pembelajaran individu.

Kelas Online di Kelas Telegram dengan Mubako

So, kalau ada rasa nak cuba belajar bahasa korea boleh la ke page tersebut di facebook.


Kini, macam-macam kelas online dibuka yang memudahkan terutamanya untuk pelajar yang berada jauh dari kelas. 


Post a Comment

21 Comments

  1. seronok ni kalau dapat belajar bahasa Korea.. tapi sy suka bahasa Jepun hehe.. sebab sy suka tengok anime so belajarla sikit2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu belajar bahasa Jepun, dapat tambah kemahiran bahasa lain.

      Delete
  2. Wah. menariknya..tak tahu pulak ada kelas online sekarang nie..bestnyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2x, tak perlu terkejar ke kelas malam kalau2 bekerja. Online mudah.

      Delete
  3. nak kelas mandarin...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Jb ade kelas mandarin dewasa dekat skudai, kalau area lain saya tak pasti hehe

      Delete
  4. saya suke belajar bahasa, byk jugak mencuba kelas2 online. bahasa korea mudah sebab huruf2 dia x banyak. cuma hafal setiap huruf dengan bunyi2 diorang dah boleh membaca... tp kene byk hafal perkataan2 baru la. semoga berjaya berbahasa korea. btw suke design blog ni, nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2x, bila dah boleh baca senang nak belajar, cuma bila tambah vocab kena rajin hafal. InshaAllah terima kasih.

      Delete
  5. nak belajar banyak bahasa agar mudah berinteraksi bila gi luar negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, sekurang-kurangnya ada juga idea nak bertanya dan sebagainya.

      Delete
  6. Wow. Bestnye ada kelas korea online. Baru tau ada kelas online.

    Marina tengah on giveaway. Jemput join :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ada boleh register jika berminat heehe

      Delete
  7. menariknya. ada kelas online rupanya eh. so nak pergi Korea takdelah rasa takut sangat sebab dah familiar dengan bahasa dia. kelas Hindi ada tak haha. serious question

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelas hindi tak pasti ye ada ke, mungkin boleh cari di online :)

      Delete
  8. Mudahnya sekarang boleh belajar online je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul banyak kelas online yang boleh kita join, inshaAllah memudahkan dah.

      Delete
  9. semuanya dihujung jari je sekarang.. Kelas bahasa pun boleh belajar secara online kan sis.. rajin dengan tak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah betul, memudahkan dah sekarang online je.

      Delete