Resepi Mudah Egg Roll Ala Korea [Gyeran Mari]

Masa ke Korea lepas masa nak order makan nampak meja lain order Egg Roll atau disana dipanggil Gyeran Mari. Nampak memang menarik sangat masa tu, nak cuba tapi tak berkesempatan pula.

Jadinya, dah balik sini gigih pergi Daiso beli pan jenis empat segi macam dalam gambar tu sebab tengok tutorial masak lebih senang guna pan jenis ini.

Setelah dipotong dah dihidang

Cara Masak Egg Roll Ala Korea [Rolled Omelette]


  • Pecahkan 4 biji telur ayam dalam mangkuk bersih
  • Campurkan dengan sayur-sayuran kegemaran yang telah dicincang halus
  • Tambah sedikit garam dan lada hitam (*optional)
  • Tambahkan sedikit butter/majerin (*optional tak nak pun tak apa)
  • Panaskan kuali/pan yang sesuai 
  • Tuangkan campuran telur tadi pada kuali sedikit demi sedikit
  • Biarkan agak separuh masak dah gulung
  • Kemudian tambah lagi campuran telur ,ulang proses sehingga habis.
  • Tunggu gulungan telur agak masak 
  • Sejukkan sedikit , potong dah hidangkan.

Tujuan masak Egg Roll ni kononnya makan masa breakfast, sekali ramai peminat rupanya kat rumah nih. Tak cukup 4 biji hehe

Tengah tunggu masak
Ni lah pan yang dibeli di Daiso RM5.90 , alhamdulillah memang banyak kegunaannya lagi-lagi bila nak ulang masak Egg Roll nih. Selainnya, guna masak sosej, panaskan roti dan lain-lain. 

Senang sangat sebab kecil ,ringan lepas tu tak melekat.





Post a Comment

14 Comments

  1. teringin nak buat tpi tu la. nak kena cri pan 4 segi tu pulak haha. Sebenarnya saja cri alasan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, guna pan bulat pun okey je tapi telur kena banyak sikit kot la

      Delete
  2. sedap tu. nak buat malas cari bahan..nampaknya kena gi kedai masakan Korea lah ni..

    ReplyDelete
  3. sedapnya ni.. bole cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang sedap anak-anak pun suka :)

      Delete
  4. nampak sedappp! pernah juga cuba buat egg roll ni untuk buat sushi roll..tapi egg roll yang kecik sikit la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sushi roll tak pernah try buat lagi, tapi egg roll ni memang sedap.

      Delete
  5. nampak sedap. selalu sayur apa dimasukkan dalam telur nie? bawang masuk tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masukkan lobak merah, daun bawang, bawang holland bagi rasa manis-manis sikit.

      Delete
  6. nampak sedap dan mudah disediakan. ;-)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. Teringin juga nak buat..

    ReplyDelete