1.0 Kenapa Iklan Adsense tidak keluar di blog?


Masalah adsense tidak keluar diblog ni kiranya hampir setiap blogger pun pernah mengalaminya ye tak? Atau tak? Jadi, saya nak sharelah pengalaman sendiri menyelesaikan masalah-masalah antaranya permohonan adsense tidak diterima Google dan juga sebab-sebab ditolak.

Sebenarnya, setakat ni belum ada masalah sampai lah awal tahun ni macam ada berhenti dari berblogging kejap disebabkan oleh beberapa masalah peribadi. Akhirnya notis renew domain pun terlupa nak reply. Selepas terlepas notis maka terpaksa la ku tukar baru mukadimah blog nih.

Dan, seperti dijangka juga adsense stop keluar di blog ini walaupun macam-macam cara dah dibuat untuk recover masih juga gagal. 

Salah satu punca iklan adsense tidak mahu keluar diblog ialah ;

1.1 Akaun kena banned atau blok oleh Google Adsense.

Biasanya jika ada syarat-syarat yang telah dilanggar oleh pemilik akaun sebabkan akaun diblog seperti copy-paste direct content blog lain, klik iklan sendiri, isu pornografi dan sebagainya, maka akaun adsense anda diblog oleh Google Adsense. 

Kita juga disarankan untuk selalu update serta peka dengan peraturan-peraturan pengiklanan yang telah ditetapkan oleh pihak adsense.

1.2 Salah letak Kod HTML di dalam blog/ website

Ini juga salah satunya sebab kenapa iklan tak keluar. Kena cari dalam kod blog masing-masing macam mana nak betulkan kedudukan kod atau dapatkan khidmat pakar yang tahu mengenai cara-cara edit html code yang ada disetiap blog kita.

Jika salah langkah, iklan adsense anda tidak akan dipaparkan diblog/website.

2.0 Cara Atasi Masalah Adsense Tidak keluar diblog :

Kalau la contoh akaun adsense kita dah ada, aktif tetapi iklan pula tak muncul-muncul di blog. Mungkin sebab-sebab dibawah adalah puncanya. 

2.1 Website Tidak Didaftar Dengan Betul di Akaun Adsense:

Lepas dah tengok balik akaun adsense tu rupanya website yang berdaftar adalah website yang lama (yang tak dapat claim domain tu lagi). Apa yang perlu dilakukan ? Saya perlu tambah site baru di akaun adsense dan request for di review semula oleh pihak adsense.


Ini contoh dashboard akaun Google Adsense anda log in masuk dah 
klik pada Sites

Klik pada ADD SITES dan tambahkan site anda dekat situ dan tekan request.

2.2 Website /blog Dikategorikan Sebagai Not Ready Oleh Adsense

Langkah ini dah dibuat dan request untuk review juga telah dihantar. Selepas kira-kira seminggu dapat email dari Adsense mengatakan site saya masih belum ready kerana ada terma-terma yang masih belum dipatuhi. 

Rasanya boleh agak dah masa tu dengan domain baru (blog baru nak up-BBNU-nya lagi) jumlah visitors pun kurang, tak yakin Adsense nak letak ads agaknya.

2.3 Template Blog Tidak Mesra SEO

Rupanya template blog mainkan peranan penting jika kita nak blog kita tersenarai di adsense iaitu mestilah mesra SEO. Jadi saya ambil masa sedikit tukar template blog yang lebih mesra SEO. Template saya hanya guna yang percuma sahaja dengan sedikit ulang susun setiap fungsi tabs dan sebagainya. 

Bukan mudah jika kena bermula dari bawah semula, tetapi saya tetapkan pendirian juga sehingga kali ke-tiga permohanan, barulah Google hantar email mengatakan page saya dah ready. 

Alhamdulillah.


Alhamdulillah, ,masih belum boleh gmbira kerana blog masih baru diupdate.

Apabila dah dapat email begini mulalah aktifkan ads diblog. Tambahkan kod html ditempat yang sesuai dan tunggu sehingga iklan keluar. Sekarang masalahnya pula iklan bertimpa dengan gadget lain, kena ubahsuai lagi. Yang tepi bawah nampak dah okey. 

Macam mana semua? ada cadangan tak nak letak iklan kat header tu macam mana?