Punca Adsense Tidak Keluar di Blog dan Cara Atasi

Iklan Adsense tidak keluar di blog?


Masalah adsense tidak keluar diblog ni kiranya hampir setiap blogger pun pernah mengalaminya ye tak? Atau tak? Jadi, saya nak sharelah pengalaman sendiri menyelesaikan masalah-masalah antaranya permohonan adsense tidak diterima Google dan juga sebab-sebab ditolak.

Sebenarnya, setakat ni belum ada masalah sampai lah awal tahun ni macam ter-stop blogging kejap disebabkan masalah peribadi dan akhirnya notis renew domain pun terlupa nak reply. Selepas terlepas notis maka terpaksa la ku tukar baru mukadimah blog nih.

Dan, seperti dijangka juga adsense stop keluar di blog kesayangan ini serta macam-macam cara dah dibuat untuk recover gagal. Akhirnya sekarang dah nampak ok semula alhamdulillah.

Antara punca Adsense tidak lagi tersiar di blog :



1.Akaun kena banned atau blok oleh Google Adsense.


Biasanya ada syarat-syarat yang telah dilanggar oleh pemilik akaun sebabkan akaun diblog seperti copy-paste directly content blog lain, klik iklan sendiri, isu pornografi dan sebagainya.


2. Kod HTML salah letak dalam blog


Ini juga salah satunya sebab kenapa iklan tak keluar. Kena cari dalam kod blog masing-masing macam mana nak betulkan kedudukan kod atau dapatkan khidmat pakar.

Cara Atasi Adsense Tidak keluar diblog :


Lepas dah godeh-godeh akaun adsense tu rupanya site yang berdaftar adalah site yang lama ( yang tak dapat claim domain tu lagi), jadi kena lah tambah site baru di akaun adsense dan request for review semula.


Ini contoh dashboard akaun Google Adsense anda log in masuk dah
klik pada Sites
Klik pada ADD SITES dan tambahkan site anda dekat situ dan tekan request.

Langkah ini dah dibuat dan request untuk review juga telah dihantar. Selepas kira-kira seminggu dapat email dari Adsense mengatakan site saya masih belum ready kerana ada terma-terma yang masih belum dipatuhi. 

Rasanya boleh agak dah masa tu dengan domain baru (blog baru nak up -- BBNU nya lagi huhu) jumlah visitors pun kurang, tak yakin Adsense nak letak ads agaknya. 

Kemudian, tukar template blog ambil yang mesra SEO katanya, edit lagi , ulang susun dan kemudian request semula. Sehingga la yang kali ke-3 baru la Google hantar email kelulusan mengatakan page dah ready. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, ,masih belum boleh gmbira kerana blog masih baru diupdate.

Apabila dah dapat email begini mulalah aktifkan ads diblog. Tambahkan kod html ditempat yang sesuai dan tunggu sehingga iklan keluar.

Sekarang masalahnya pula iklan bertimpa dengan gadget lain, kena ubahsuai lagi. Yang tepi bawah nampak dah okey. 

Macam mana semua? ada cadangan tak nak letak iklan kat header tu macam mana?





Post a Comment

9 Comments