Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada 31 Ogos lepas kami dua beradik telah berjaya mendaki Gunung Angsi dari awal hingga ke puncaknya dengan melalui trek Bukit Putus.
 |
Bergambar di mercu tanda Gunung Angsi sebelum mendaki |
Lagipun cuti-cuti nih tengah free jadi kami bercadang hiking di Gunung Angsi. Pengalaman ini merupakan yang pertama kali buat saya walaupun berasal dari Negeri Sembilan tapi belum ada pengalaman mendaki sekitar sini.
Alhamdulillah, pendakian kami bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30am, dan kami perlu membayar permit di kaunter sebelum jalan naik sebanyak RM5 seorang. Disini juga disediakan tandas dan juga surau untuk kegunaan umum.
 |
Permit RM5 perlu dibayar sebelum mendaki |
Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 825 meter, jadi ikutkan ada dua trail mendaki iaitu melalui Ulu Bendul dan juga Bukit Putus. Tapi kami memilih untuk mendaki melalui Bukit Putus.
 |
Laluan mendaki pada permulaan trek |
Trek mendaki boleh dikategorikan sebagai sesuai untuk golongan yang baru cuba mendaki dan juga sesuai untuk latihan Trail Run, tidak terlalu sukar atau mudah (Beginner-Intermediate trail).
 |
Laluan yang landai dan lebih santai berbanding Ulu Bendul |
 |
Menurun gigil juga lutut tapi perlahan-lahan je |
Bila jarang dah mendaki gunung makanya memang rasa gigil juga la lutut hehe. Tapi sebab semangat dah naik sampai ke peak teruskan juga walaupun perlahan.
 |
Akhirnya tiba ke puncak Gunung Angsi, alhamdulillah |
 |
Nikmatnya makan nasi lemak bungkus di peak |
Sambil mendaki dengan penuh kesantaian ada juga berhenti-henti rehat sambil ambil gambar pemandangan hutan. Bestnya bau hutan tak tahu nak describe macam mana. Tenang je.
 |
Gano boleh makan ke tak nih eh? |
 |
Menghayati keindahan alam ciptaan tuhan. |
Alhamdulillah setelah berjaya turun kami berehat sebentar di parking lot sambil makan jambu. Ada juga gerai-gerai yang menjual makanan, minuman serta bundle pakaian dan keperluan hiking. Setelah selesai berehat kami terus memandu ke Giant Nilai untuk makan nasi ayam penyet Warisan disana.
14 Comments
Bestnya. lama dah tak hiking.
ReplyDeleteJomm kembali berhiking gitu :)
Deletebestnya mendaki....
ReplyDeletepsst... thanks sudi join segmen Mia.
blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html
Terima kasih banyak-banyak cik Mia, alhamdulillah :)
DeleteBestnya dpt hiking dgn adik beradik pulak tu. rindu hk hiking lagi. tp tu la lemak kata jangan tinggal daku hahha
ReplyDeleteblogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/
Alamakk lemak tu haha, rindu-rindu kena start hiking semula tu hehe
Deletewowww hebatnyeee seketul lea!
ReplyDeleteHaha, biasa saja :)
Deletedah 2 kali naik tapi ikut jalan bukit putus je. jalan ulu bendul xberani lagi nak cuba sebab rasa lagi ambil masa tu. huhu
ReplyDeleteRasa nya tough sikit ikut ulu bendul ikut pengalaman hikers lain. Saya pun belum cuba.
DeleteBila dapat sampai ke puncak, kepuasan tu tak dapat diungkapkan.. Dengan pandangan yang cantik.. hijau mata memandang..
ReplyDeleteBetul sis, dapat hayati keindahan alam dari puncak gunung ,nikmat tak terkata.
Deletesaya pun dah lama tak hiking hehehe
ReplyDeleteJom mula semula, mula dengan bukit2 dulu pun okey juga.
DeleteTerima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya