Nak dijadikan cerita minggu ni kami sekeluarga dan merancang ke Perak untuk melawat anak kawan yang dimasukkan ke hospital. Sekali mengambil kira cuti hari minggu yang panjang kan bulan September sempena Hari Malaysia 16 September. 

Keadaan berjerebu di sekitar Ipoh Perak

Jadi, perjalanan ke Lumut bermula pada hari Jumaat pagi dari JB sebab anak-anak dah start cuti sekolah. Dalam perjalanan kami berhenti makan dan minum dibeberapa buah kedai makan sepanjang jalan untuk isi perut yang sedang kelaparan.

Masa tiba di Lumut malang tidak berbau, anak yang kecil mula muntah-muntah diikuti dengan saya pada pagi sabtu, Sakit perut memulas tak tau nak cakap macam mana, akhirnya kami ke klinik berdekatan untuk rawatan segera dan disahkan keracunan makanan. 

Kemudian suami pula mula sakit perut dan hari pada hari seterusnya anak yang pertama pula mula sakit perut dan muntah. Nasib baik juga la hotel sudah ditempah awal, jadi berehat la kami berempat sehingga pulih.

Plan melawat orang sakit tak dapat diteruskan kerana khuathir berjangkit pada anak kawan pula. Plan bercuti dan jalan-jalan di Perak juga tak dapat diteruskan. Lagi-lagi keadaan jerebu yang agak teruk.

Ujian datang untuk membuatkan kita semakin kuat. Takpela inshaAllah lain masa kembali lagi amin.