Cabaran Mendaki Di Gunung Lambak Kluang

Sabtu lepas kami anak beranak ke bandar Kluang, Johor dalam kira-kira 2 jam pemanduan dari Kulai melalui highway Plus. Aktiviti yang bakal dilakukan antaranya ialah cadangan hiking di Gunung Lambak dan mandi kolam tema air yang ada di kaki gunung tersebut. Selain itu, biasanya kalau disini kami juga akan cari kopi Kluang.


Kolam dan sungai di trailhead (dilarang mandi disini)

Sampai di parking lot dalam jam 9 pagi dan tanpa berlengah kami terus bersiap untuk mulakan pendakian. Sebelum datang sini, ada juga kami study tentang trail dan kesesuaian untuk kanak-kanak, memandangkan cadangan untuk kanak-kanak mendaki inshaAllah boleh, maka kami bawa juga anak yang kecil berumur 5 tahun dan yang sulung 9 tahun.

Anak-anak nampak lebih bersedia walaupun saya ada sedikit kerisauan tentang trailnya yang lebih pacak dan berbatu berbanding trail Gunung Pulai. Ada juga yang mengatakan ramai yang training di sini sebelum mendaki Gunung Ledang.


Tali disediakan disepanjang trail, kalau boleh pakai glove semasa mendaki di sini

Sesi panaskan badan dimulakan sebelum mendaki, dan kami berjalan naik melalui jalan tar kecil menyusuri taman herba dan taman bunga. Walaupun begitu, keadaan taman nampak terbiar cuma ada kolam dan air pancut menyerikan suasana di hutan ini.

Sampai di permulaan off-road kami jumpa signboard ni katanya di situ adalah tempat mengambil air untuk istiadat siram tabal sempena kemahkotaan DYMM Sultan Johor pada Mac 2015. Mesti sangat istimewa tempat punca air disini. Memang airnya sangat jernih langsung tiada tanda pencemaran dan ada larangan mandi di sini.


Papan tanda tempat pengambilan air 
Pendakian menyusuri tangga-tangga penyesalan haha ! Ini lah yang biasa saya rasa setiap kali mendaki. Seolah kenapa lah ku di sini sengaja memenatkan badan dan kaki hehe. Tapi apapun tetap juga diteruskan sehingga mana yang termampu.


Trailhead Gunung Lambak Kluang Johor

Keadaan trail yang langsung tiada 'diskaun' landai nampaknya, memang agak memenatkan lagi-lagi keadaan berbatu dan akar kayu yang banyak berselirat. Sikecil mula mengeluh kepenatan. Tapi pendakian diteruskan juga. Saya tanya juga pada anak-anak samada ingin berhenti atau turun semula, alhamdulillah semangat nak naik ke puncak masing-masing.


Trail berbatu berselang dengan akar kayu

Alhamdulillah kami selamat sampai ke peak dan turun semula kira-kira jam 11 pagi sambil berehat sebentar di kolam di starting point mendaki. Puncak adalah bonus jika dapat dijejak namun yang lebih penting adalah keselamatan dan kesihatan anak-anak.


Alhamdulillah sampai di puncak kejayaan

Kami teruskan aktiviti mandi manda di kolam mandi berbayar yang terletak di kaki gunung. Sambil itu ambil peluang untuk bersihkan diri dan berehat makan sebelum pulang ke Kulai.



Post a Comment

8 Comments

  1. alhamdulillah masa berkualiti dengan keluarga, pasti akan diingati selalu ^_^

    ReplyDelete
  2. nak hiking la camni. rindu masa bujang dulu selalu je ada xtvt fizikal bila weekend..skrg x sempat bersukan. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempatkan abam kie, inshaAllah boleh tu curi2 masa bersukan :)

      Delete
  3. best sis.. nak gak join hahaa

    ReplyDelete
  4. Pernah hiking sekali gunung lambak ni. jenuh jugaklah nak sampai puncak. tapi trail dia menarik awal awal tu boleh singgah banyak pit stop :)

    ReplyDelete
  5. saya dah 2 month berhenti joging . Lepastu berat bertambah takyah cakap la . Last week ajak adik pergi hiking dekat bukit pelindung kuantan tu , tak sampai setengah bukit lagi dah pancit . Hahahahah , tu la makan tak ingat dunia lagi , kan dah semput . .

    ReplyDelete