Mendaki Bukit Broga Bersama Kanak-Kanak

Masa keluar berita tentang puncak bukit Broga terbakar masa bulan September lepas , teringat pula pengalaman bawa anak dan anak-anak saudara mendaki bukit Broga. Dah lama anak-anak suarakan keinginan nak ikut mendaki tetapi sebabkan sebelum nih masa dan keadaan tidak sesuai jadi banyak kali bertangguh.

Ada masa yang sesuai terluang kami bercadang naik mendaki bersama-sama ke puncak bukit Broga yang terletak di Semenyih dengan kanak-kanak riang nih hehe. Memang jelas nampak happy betul dapat ikut.

Perjalanan dimulakan pada jam 7.30 pagi memandu ke parking Bukit Broga, dengan bayaran RM1 seorang dikenakan untuk parking kereta di situ. Mula ingatkan dah bayar boleh terus mendaki, rupanya di atas pun ada check point kena bayar juga lagi RM1 per person. Total RM2 seorang. Mungkin sebab tanah persendirian yang dibuka kepada umum mendaki agaknya.

Perjalanan mendaki alhamdulillah tidak la sesukar mana cuma apabila dengan kanak-kanak yang kecerdasannya yang agak tinggi, jadi orang dewasa pengiring kena lebih berwaspada sebab anak-anak memang suka berlari di trail pendakian. Jika tersilap langkah boleh mengundang kecederaan.

Langkah demi langkah akhirnya tiba di check point ke dua sebelum mendaki untuk summit attack (hehe best pulak guna perkataan summit ni). Kami berehat sebentar sebelum ke puncak kerana keadaan pendakian yang sebenar iaitu berbatu dan juga licin, agak berbahaya untuk kanak-kanak jika tidak dipantau.

Kalau tak gayat boleh la berdiri atas batu besar ni

Puncak tinjau kedua Bukit Broga

Alhamdulillah semua berjaya ke puncak pertama Bukit Broga sebelum berhenti berehat melihat pemandangan. Keadaan di bawah yang banyak terisi pembangunan buat hati jadi sayu tiba-tiba. Banyak lereng bukit dan tanah dibuka untuk dijadikan kawasan perumahan dan lot-lot kedai. Mungkin itulah pengorbanan yang perlu dilakukan terhadap alam untuk penuhi keperluan manusia sejagat.

Kanak-kanak perlu diperhatikan dan dipantau lebih lagi apabila berada dipuncak sebabkan kecerunan bahaya dilereng bukit. Kemudian kami teruskan pendakian ke puncak yang kedua. Cuma puncak ketiga tidak sempat didaki memandangkan keadaan mula hujan. 

Trail lebih berbatu dan licin untuk ke puncak
Selesai berehat, pendakian turun semula dimulakan dan keadaan lebih mencabar dengan trail yang agak licin dan berbatu. Anak-anak menurun dengan perlahan, dalam keadaan begini pendaki pengiring dewasa perlu lebih alert dengan keadaan trail dan kekuatan juga diperlukan untuk menahan anak-anak yang sedang mendaki turun.

Akhirnya kami semua selamat naik dan turun, dan pendakian ke dua puncak Bukit Broga berakhir pada sekitar jam 11.30 pagi. Perjalanan diteruskan ke kedai makan di sekitar Tesco Semenyih untuk makan tengahari dan pulang ke rumah.

Antara Tips Mendaki bersama Kanak-Kanak

  1. Kasut anak-anak hendaklah bersesuaian dengan kaki mereka.
  2. Kasut dengan tapak grip sesuai dengan trail licin dan berbatu.
  3. Pakaian yang sesuai dan jika boleh sediakan raincoat atau windbreaker ringan sebagai bekalan jika hujan.
  4. Seperti orang dewasa, jika dapat training dahulu sebelum aktiviti mendaki dilakukan.
  5. Pesan pada anak-anak untuk sentiasa jaga perkataan ketika di Bukit/Gunung.
  6. Bekalan air dan makanan yang bersesuaian hendaklah dibawa bersama.
  7. Basic first aid hendaklah dibawa bersama.

Dan, sepatutnya sebagai penjaga atau ibubapa kita lebih kenal tahap kemampuan anak-anak kan? Jangan paksa mereka ikut sertai hobi kita jika mereka menolak. InshaAllah banyak juga aktiviti fizikal yang menyihatkan untuk mereka seperti berenang, bermain di taman, atau berjogging. 

Jika boleh kita juga nak elakkan berlakunya kejadian tidak diingini yang melibatkan  kanak-kanak di kawasan berisiko seperti bukit dan gunung ini.



Post a Comment

12 Comments

  1. Seronok bila bawa anak2 ni.. TQ sharing tips tu sis...berguna buat ibu2 yg nak bawa anak skali.. Broga cantik lah.. famous plak tu kan..
    salam kenal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis, Broga kalau pagi2 lagi cantik, salam kenal :)

      Delete
  2. eh sekarang kena bayar per head ek...dulu just bayar untuk parking aje...dah lama tak naik broga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, orang nye tengok dalam kereta ada berapa baru kena bayar .

      Delete
  3. Awww bestnya hiking... Dpt spend masa dgn family pulak best best

    ReplyDelete
  4. cantiknya gambar atas batu tu.. bagus dari kanak2 dah buat aktiviti sihat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih,InshaAllah harap dapat kekal minat diaorang ni sampai besar.

      Delete
  5. Seronok pergi hiking.. Cik Ash xpernah lagi terlibat hiking.. Teringin nak g gak tapi xberkesempatan lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada masa terluang boleh cuba hiking Cik Ash :)

      Delete