Resepi Ayam Bakar Mudah dan Senang Disediakan

Salam semua, lama tak update sibuk dua minggu nih anak-anak mula hadapi peperiksaan. Kalau diikutkan exam tadika jela hehe tapi dah namanya mak kan, berdebar-debar tu ada juga la anak nak exam.

Minggu ni anak ada request ayam bakar, minat betul dengan ayam bakar, katanya sedap sebab daging ayam licin. Macam mana yang licin tu saya pun keliru juga.

Okey, sebab dah masak ayam bakar ni jom la saya share resepi ayam bakar yang biasa saya masak di rumah. Saya suka resepi yang simple dan tak banyak bahan nak guna sebab selalunya sebab masa la kan, banyak kerja rumah  nak diselesaikan, kalau dapat jimatkan masa didapur tu boleh la sambung kerja lain pula kan.

Bakar separuh je untuk dinner

Resepi Ayam Bakar Cepat dan Mudah Disediakan


Bahan-bahan diperlukan:
  • Ayam separuh atau 1 ekor terpulang
  • Kentang 2 biji
  • Serbuk Lada Hitam kasar
  • Garam
  • Madu


Cara-cara :
  • Bersihkan ayam dan kentang 
  • Belah kentang cara memanjang
  • Lumur dengan garam secukupnya pada ayam dan kentang
  • Kemudian tuangkan madu dan lumurkan kepada ayam dan kentang sehingga rata
  • Taburkan serbuk lada hitam pada ayam dan kentang sehingga rata keseluruhannya
  • Letak kentang dahulu kemudian ayam diatasnya dalam bekas tahan panas oven.
  • Bahagian tulang dada ayam hendaklah dibakar dahulu (letak ayam menghadap ke atas)
  • Panaskan oven sehingga suhu 200℃ 
  • Selepas suhu stabil masukkan ayam dan kentang dan bakar sehingga 30 minit.
  • Selepas itu, keluarkan dari oven dan terbalikkan bahagian ayam. Air ayam yang keluar boleh disapu semula di kulitnya.
  • Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi dalam 20 ke 30 minit.
  • Kemudian kurangkan suhu oven ke 160℃ ke 180℃ ikut oven anda dan bakar sehingga kira-kira 15 ke 20 minit.
  • Keluarkan ayam dan periksa samada telah masak. Jika belum tambah masa bakar dalam 10 minit lagi.
  • Sedia dihidang bersama kentang atau nasi dan sebagainya.


Lumur ayam dan kentang dengan semua bahan diatas


Part drumstick paling anak suka, saya suka bahagian yang banyak daging hehe. Ayam tu kena tengok juga masa membakar tu sebab jenis oven kan lain-lain, jadi kawalan suhu juga mungkin berbeza. 


Yang penting bahagian dalam ayam mesti masak sempurna

Okey, boleh la try kalau suka dengan resepi simple macam ni. Macam-macam cara boleh kita cuba kalau masak ayam bakar nih. Ada yang suka cara heavy, contoh dengan segala rempah, bawang, serai untuk perap ayam dengan masa yang lebih lama beserta sos blackpepper atau sos madunya sekali.

Terpulang pada selera individu. Anyway, selamat mencuba semua.


Post a Comment

10 Comments

  1. sedapnyeeee! senang je nk buat..
    blh try ni..

    ReplyDelete
  2. simple tapi sedap hingga jilat jari lagi best kan...
    sure senyum lebar je mak depa.

    ReplyDelete
  3. yes..ammi pun suka kalau resepi tu guna bahan yg simple. malas nak beriya2 sangat.

    ReplyDelete
  4. Sedap ayam bakar. Senang nak sediakan dan tunggu masak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul senang je bahan2 pun tak banyak :)

      Delete
  5. Sedapnyaaa tengok ayam tu . Thanks for the recipe , mintak halal ye kalau guna resepi nie nanti .

    ReplyDelete