Antara Senarai Sarapan Pagi Popular di Malaysia

Tajuk gempak je baca kan? Sebenarnya dua tiga minggu kebelakangan ini rajin pula la ikut suami bersarapan di kedai sebelum beliau ke tempat kerja. Itu tanda-tanda cuti sekolah dah nak hampir tiba biasanya lah. Kerajinan memasak mulai berkurangan hehe.

Okey! jom tengok antara pilihan sarapan pagi merangkap makan tengahari juga ni untuk saya. Biasa dah makan berat macam ni makan tengahari selalu skip sebab masih kenyang. Masak lauk tengahari biasa untuk anak-anak sebelum ke sekolah agama dan kalau suami balik sebentar untuk makan. 

Antara Pilihan Sarapan Pagi Rakyat Malaysia :


Pilihan #1 Nasi Lemak Telur Mata 

Amboih ! telur mata goyang elok je terletak

Pilihan #2 Roti Sardin 

Rasanya roti sardin paling sedap pernah rasa di Kulai 

Pilihan #3 Lontong Nasi Himpit

Siap dengan kuah kacang dan rendang daging sekali semangkuk

Pilihan #4 Meehoon Sup Berempah

Mee Hoon Sup siap dengan Kacang goreng, isi ayam dan sup berempah

Pilihan #5 Lontong Kering 

Sejak duduk Johor memang termasuk favourite dah lontong kering ni

Pilihan #6 Mee goreng dengan Mee Hoon Goreng

Satu pinggan Mee goreng dengan Meehoon Goreng

Banyak lagi rasanya jenis-jenis sarapan yang rakyat Malaysia sukakan kan? Belum lagi termasuk kuih-muih aneka rasa gitu. 

Jom share anda semua suka sarapan yang macam mana?


Post a Comment

0 Comments