Azam tahun 2019 dah tertunai ke?

Tahun 2019 dah nak berakhir nampaknya. Tinggal kira-kira sebulan lebih lagi kita akan sampai ke penghujung tahun. Macam rasa cepat je tahun ni dah nak berakhir lagi-lagi anak-anak pun dah mula rancang nak bercuti ke kampung cuti sekolah nanti. InshaAllah, jika tiada aral maka ke kampung la kami nanti.


So, macam mana azam awal tahun ni dah tertunai ke semua? Antara azam yang saya akhirnya alhamdulillah dapat tunaikan ialah lakukan pendakian ke gunung atas 1000 meter yang mana trip dah pun berakhir 10 November lepas. 


Kalau nak kata perasaan tu memang happy sangat sebab selalu hiking atau join trip mendaki masih bawah 1000meter. Ada dalam group mendaki yang saya ikut ahlinya berazam nak jumpa dengan awan karpet sebanyaknya tak kisah berapa tinggi pun gunung perlu didaki. 

Saya masih dalam pertimbangan lagi untuk gunung atas 1500 meter sebab kebanyakkan perlu camping dalam paling tidak dua hari satu malam. Kalau ikut trip yang compress memang tak terkejar lah saya. Sebab saya sendiri bukan dikalangan pendaki yang laju, masih lagi tengah nak up kan stamina. Saya cepat penat mungkin faktor umur juga dan kurang bersenam serta latihan. Tapi apapun alhamdulillah impian 1000 meter sudah pun tercapai.

Apa lagi ye azam masa awal tahun lepas? Antaranya nak cuba lepaskan perkara yang menyusahkan hati dan semakkan fikiran. Cuba berada dalam kumpulan orang-orang yang positif dan kurangkan stress. Maklumlah dalam dunia surirumah ni kebanyakkan masa dengan aktiviti dirumah, sekolah anak-anak, jiran terdekat. Jadi kadangkala boleh jadi tak berkembang dan stress juga. 

Tapi jangan stereotaip kan semua surirumah, ada juga yang cuba tingkatkan keadaan diri dengan berniaga sambilan secara online & offline, ambil upah buat kek dan kuih, ambil upah mengasuh, buat blogging berbayar dan sebagainya. Ada juga yang berjaya menjana pendapatan tinggi sambil boleh menjaga anak-anak dan uruskan rumahtangga dengan jayanya.

Jadi untuk saya, selain berblogging dan saya juga salah seorang ejen dropship rangkaian barangan penjagaan kulit muka VCS Annona dan juga ejen jualan suplemen Shaklee secara sambilan selain aktif dengan aktiviti mendaki. Antara kebaikan yang saya dapat ialah jumpa dengan circle baru, idea baru disamping dapat keluarkan peluh dan rasa lebih sihat. Anak-anak dan suami juga rajin ikut bersama alhamdulillah semua happy.

Jadi azam anda semua macam mana pula ? Ada yang berjaya dibuat dan dicapai? jomm share kat komen bawah ni.


Post a Comment

2 Comments

  1. azam sy mau kurus alhmdulillah rasanya berat badan da back to normal n berjaya maintain hehehe

    ReplyDelete
  2. azam sy nk kurus..
    alhamdulillah.. berjaya kurus skit..
    tp nk kena capai target tak tercapai lg.. haha

    ReplyDelete