Hiking di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan

Lama tak update blog, sibuk sikit dengan kerja-kerja di rumah. Alhamdulillah 10 Novermber 2019 lepas kami berjaya mengikuti trip hiking dengan organizer Malaysia Outdoor Adventure dengan line-up seramai 13 orang. Pendakian Trans Gunung Berembun-Gunung Telapak Buruk dimulakan dengan berkumpul di Masjid Kariah Kampung Pantai terletak di daerah Jelebu Negeri Sembilan kira-kira jam 3.00 pagi. 

Masa sampai di masjid rupanya ramai pendaki-pendaki lain yang bermalam di situ. Alhamdulillah ambil masa untuk pembahagian ration oleh krew dan bersiap-siap untuk bergerak ke starting point Gunung Berembun berdekatan Loji rawatan air Kampung Pantai. 

Setelah selesai taklimat dan sesi regangan badan, kami semua sedia untuk mendaki berbekalkan doa dan semangat untuk masuk dan keluar dengan selamat. Kami mula mendaki seawal 4.40 pagi. Pendakian agak santai pada mula kerana trail yang landai cuma betul-betul di tebing curam. Langkah diatur secara berhati-hati supaya tidak tersadung akar-akar pokok dan juga untuk elakkan dari tergelincir. 

Alhamdulillah kenangan dipuncak

Keadaan berkabus dalam Gunung Berembun

Kami berhenti rehat sebentar di Lata Berembun , kawasan sungai dan air terjun kira-kira jam 5.30 pagi untuk solat dan bersedia untuk melintasi sungai melalui batu-batu. Kawasan ini agak popular dengan pendaki yang bercadang untuk berkhemah sebelum ke puncak gunung. 

Setelah semua ahli kumpulan berjaya melintasi sungai, perjalanan kami diteruskan ke checkpoint yang ke dua iaitu di Gua Kambing. Di sini ada waterpoint yang mana airnya sangat jernih dan sesuai diminum. Kami ambil peluang untuk rehat sebentar dan makan sarapan nasi lemak yang telah dibekalkan oleh penganjur.


Checkpoint ke 2 Gua Kambing

Selesai rehat, perjalanan kami diteruskan untuk summit attack yang lebih mencabar kerana trail selepas Gua Kambing ini agak mencanak sehingga ke puncak. Kalau diikutkan memang letih dan kepenatan mendaki tidak dapat diungkapkan disini melainkan berbekalkan semangat ingin ke puncak maka langkah tetap diteruskan. Tidak silap, ada ahli kumpulan yang cramp kaki di sini. Tetapi alhamdulillah keadaan terkawal dan di temani oleh guide paling belakang sehingga ke puncak.


Trek pacak hingga ke puncak Gunung Berembun

Sampai dipuncak Gunung Berembun kami ambil masa berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Telapak Buruk iaitu sampai di kawasan bekas pesawat pengebom lama Royal Air Force B-24 Liberator terhempas ketika berlakunya perang dunia ke-2 (WWII). Jika ikutkan sejarahnya kapal ini terhempas ketika menghantar bantuan kepada pejuang-pejuang yang berada di dalam hutan ketika itu. 

Kesan peninggalan pesawat pengebom yang terhempas

Kami berhenti hingga ke sini sahaja, jika diikutkan hanya dalam sedikit jarak lagi untuk ke puncak Gunung Telapak Buruk tetapi disebabkan kekangan masa kerana kami semua bercadang untuk keluar dari gunung jika dapat sebelum malam maka kami berhenti berehat sahaja di sini. 


Antara pejuang yang terkorban

Kira-kira jam 1.00 lebih tengahari, semua ahli mula bergerak turun dan naik semula ke puncak gunung Berembun untuk berhenti solat dan rehat sebelum sambung pendakian turun ke Gua Kambing seterusnya kembali ke Lata Berembun untuk mandi sungai dan berehat. 

Ada yang ambil kesempatan  berehat ini untuk makan dan sebagainya. Kira-kira jam 6.00 pm kami semua mula bergerak turun ke starting point dan tiba di parking kira-kira jam 6.50pm. 

Lata Berembun , jernih dan sejuk airnya

Pendakian kami melalui beberapa anak sungai

Mr.pacat sebabkan musim hujan memang beramai-ramai dia ada hehe

Alhamdulillah misi untuk keluar sebelum malam berjaya tanpa ada sebarang kecederaan serius antara ahli kumpulan. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain pada mulanya, namun semua tetap bekerjasama dengan baik di sepanjang pendakian ini dan berakhir menjadi kawan.  


Jadi antara barang yang perlu dibawa ketika hiking :


  1. Bawa kasut getah/selipar hiking spare sebab track lalu kawasan berair/anak sungai dan juga sungai besar, kalau termasuk kasut jadi berat kena air.
  2. Wajib bawa headlamp/torch light sebab hutan cepat gelap walaupun baru jam 2petang
  3. Baju hujan dan juga stokin panjang untuk elak pacat
  4. Pisau/parang kecil.
  5. Makanan memberi tenaga.
  6. Air minum boleh topup di waterpoint Gua Kambing
  7. Lighter & wisel 
  8. Glove sebab akan sakit tangan tarik tali mendaki selepas Gua Kambing

Total perjalanan kami dalam 17.6KM dengan pendakian bermula jam 4.45am - 6.50pm (14jam). Untuk personal record, ini adalah pendakian trans saya yang pertama melebihi 10km pergi-balik. Sakit kaki? Dalam dua hari jugalah sakit kaki, hehe tapi alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. 

Jika anda bercadang nak join trip hiking boleh follow group 

Malaysian Outdoor Adventure di FB mereka : MOA 



Post a Comment

2 Comments