Resepi Ikan Gelama Masin Goreng Sambal Cili Api dengan petai.

Bulan Ramadhan dah dekat dalam tak sampai tiga bulan lagi jika tak silap. Misi mengganti puasa dah bermula alhamdulillah. Masa puasa ni biasa la macam-macam je rasa nak makan dan selalunya lauk-lauk kampung yang jadi pilihan saya.

Ikan Gelama Masin Goreng Sambal Cili Api dengan petai.


Teringin nak makan nasi panas dengan lauk sambal goreng pedas sebenarnya , jadi belek-belek dalam peti ais ada stok ikan gelama masin dengan petai yang dah siap kupas saya simpan. 

Jom tengok resepi lauk ;

Ikan Gelama Masin Goreng Sambal Cili Api dengan petai.


Bahan-bahan nya mudah je inshaAllah antaranya ialah;

  1. Ikan gelama masin 2 ekor (dikerat kecil-kecil)
  2. Petai beberapa ulas ikut selera
  3. Cili api/padi beberapa ulas ikut selera ( saya guna 4 biji)
  4. Cili masak/merah -1 biji
  5. Bawang rose ( 4 biji)
  6. Garam
  7. Perisa tambahan atau sedikit gula

Cara-caranya:

  1. Basuh ikan gelama masin dan potong kecil,
  2. Goreng ikan gelama masin sehingga rangup dengan api kecil dan ketepikan
  3. Ikan masin jika digoreng dengan api besar akan cepat hangus.
  4. Tumbuk cili api, cili masak dan juga bawang rose,
  5. Tumis bahan tumbuk (3) sehingga wangi dan campurkan dengan petai , tumis sebentar.
  6. Masukkan ikan gelama yang sudah digoreng tadi.

Goreng ikan gelama masin sehingga rangup dengan api kecil

Campurkan petai dalam sambal

Dah siap dan hidangkan dengan nasi panas dan sayur lemak atau apa-apa jenis masakan sayur.

Siap boleh bertambah nasi kalau begini kan.

Alhamdulillah selesai puasa, sambung lagi hari-hari yang seterusnya sehingga cukup ganti.


Post a comment

8 Comments

  1. Allahu. sedap sangat lah ni haiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, betul2 siap bertambah2 nasi hehe

      Delete
  2. Kena nasi panas....mmg menambah nambah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 memang menambah je kalau makan nasi dengan lauk ni hehe

      Delete
  3. fuhh sambal petai tu kalo ken*tut semerbak bau satu rumah.. kalo ken*tut dlm kete kene cepat2 bukak tingkap.. hahaha

    ReplyDelete
  4. tak lama je lagi nak masuk puasa kannn...sekejap betul rasanya...

    nampak sedap tapi kita tak makan petai..haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen membina anda yang dititipkan di sini. Saya akan membalas secepat mungkin, InshaAllah