Berkelah Di Hutan Lipur Gunung Pulai Johor

Lama tak update blog dah masuk tahun 2020 dah pun kita. Apapun semoga impian tahun sebelumnya dah pun tercapai untuk semua inshaAllah. Tahun ni bersemangat nak mulakan rutin tingkatkan kecergasan diri tapi akhirnya diuji dengan lutut injured pula. Jadi aktiviti yang berat-berat kena dikurangkan dulu sementara lutut sembuh semula. 

Jadi, minggu lepas bawa anak-anak ke Hutan Lipur Gunung Pulai 2 yang terletak di Pontian untuk mandi sungai dan camping. Alang-alang tu bawa sekali perkakas BBQ dan makanan lainnya. Makan tengahari di tepian sungai. Bestt !

Beri peluang cuba pasang khemah sendiri.


Sebabkan kakak beria nak cuba pasang khemah sendiri, jadi kita bagi dia peluang pasang sampai jadi. Tak susah pun sebenarnya perlahan belajar. Ramai juga yang berkhemah sambil berkelah dan BBQ di sini bersama keluarga. Jika ada yang nak ke sini kalau boleh datang awal supaya tak bersesak untuk pasang khemah.


Kos terlibat :
Tapak khemah dan BBQ = RM5
Parking sebelum masuk ke Hutan Lipur = RM3 per kereta 

Dah mandi sungai duduk berehat sambil makan


Sambil tunggu anak-anak beremdan main air sungai, kita BBQ ayam perap dengan sosej dulu. Bau asap BBQ memang mengancam jiwa berselang dengan bunyi deruan air sungai serta angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Tenang membahagiakan jiwa yang sedang tidak keruan, begitu hehe.

Buat tak banyak pun, cukup untuk anak beranak makan berempat orang.


Hutan Lipur Gunung Pulai 2 yang terletak di Pekan Nenas Pontian Johor menyediakan tempat untuk aktiviti keluarga seperti berkelah dan berkhemah. Selain itu, kita juga boleh mendaki di trail hutan yang terdapat di hutan pelajaran. Dan juga terdapat laluan yang bertar untuk pendakian yang lebih santai hingga ke puncak gunung.

Jika mendaki sikit ke bahagian atas akan jumpa air terjun dan kolam lebih dalam.

Biasanya kalau hari sabtu dan ahad tempat berkelah ini akan cenderung untuk penuh dan parking memang sesak. Jadi jika nak lebih selesa boleh cuba untuk datang lebih awal supaya dapat tempat untuk mendirikan khemah.

Air sungai yang jernih sambil tengok ikan-ikan kecil berenang

Kira-kira jam 1 tengahari selepas mandi dan makan, kami mula berkemas untuk pulang ke rumah. Anak-anak memang seronok dapat mandi sungai dan berkelah sambil BBQ.

Dan, sebagai ibubapa harapan kami berdua ialah supaya pengalaman begini lebih memberi nilai diri yang lebih baik untuk anak-anak membesar dengan baik dan jadi individu yang ada jati diri yang kuat serta matang. 

InshaAllah amin.


Post a comment

8 Comments

  1. subhanallah. aktiviti yg sangat bermanfaat. bagus ^_^

    ReplyDelete
  2. sepelaung je nih kat blkg rumah kampung wak.,
    tapi skrg ramai dh gi kat taman tema lata seri pulai tuuuh.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ! dekat jek eh ,boleh berkelah tiap mgu situ

      Delete
  3. Replies
    1. Tak pasti mengenai camping bermalam, mungkin boleh tanya bahagian renjer/pejabat hutan Johor.

      Delete
  4. Replies
    1. Khemah kena bawa sendiri, cuma ada kawasan tapak sahaja disediakan.

      Delete

Terima kasih atas komen membina anda yang dititipkan di sini. Saya akan membalas secepat mungkin, InshaAllah