Aktiviti menarik percutian 2 Hari 1 Malam di Temerloh dan Kuala Gandah Pahang

Assalamualaikum semua hari ni saya nak share tentang perjalanan percutian kami yang dirancang last minute ke 'Bandar Ikan Patin' Temerloh dan Kuala Gandah, Lanchang di negeri Pahang.


Mercu tanda bandar Temerloh di tepi sungai Pahang

Mulanya nak cari tempat mandi manda untuk anak-anak dan sepupunya, akhirnya jumpa cadangan ke Temerloh iaitu ke Kubang Gajah Waterpark yang terletak di tengah bandar Temerloh. Sambil-sambil tu misi mencari ikan patin tempoyak la kan. 

Kami bertolak sekitar jam 9 pagi dari Beranang melalui Gombak terus ke Temerloh ikut LPT. Perjalanan kira-kira 2 jam lebih juga la sebabkan berhenti isi minyak dan sebagainya.

Sampai di Temerloh mula-mula kami singgah makan tengahari dulu di Restoran Gobang Maju. Misi mencari ikan patin tempoyak dan juga makanan lain tercapai. Memang sedap tak hanyir ikan patin tempoyak di sini. 


Makan nasi panas dan lauk ikan patin tempoyak

Habis makan kami terus ke Kubang Gajah Waterpark mandi manda di kolam rekreasi yang disediakan. Alhamdulillah cuaca amat baik hari tersebut dan anak-anak sangat gembira main air. Di sini ada disediakan pondok-pondok untuk keluarga berehat yang perlu disewa sebanyak RM35/pondok. Setiap pondok ada disediakan buaian untuk anak kecil dan juga kipas dan tikar. 


Kubang Gajah Waterpark, Temerloh

Tiket masuk dan waktu operasi

Selesai aktiviti mandi kolam, kami bergerak ke hotel untuk check in dan berehat sebentar serta solat. Kira-kira selepas asar kami bergerak keluar ke Esplanade Temerloh yang terletak betul-betul disebelah sungai Pahang. Terdapat pekan sari (pasar malam) yang tidak silap setiap selasa petang hingga ke malam. Pelbagai jenis makanan masakan Pahang boleh dibeli di sini. 


Pekan Sari di sekitar Espalanade Temerloh

Di Esplanade ini juga terdapat foodcourt yang disediakan untuk penduduk tempatan dan luar untuk menikmati pelbagai jenis lauk pauk dan masakan panas mengikut selera masing-masing sambil dapat melihat pemandangan sungai Pahang dan mercu tanda bandar Temerloh.

Habis aktiviti meronda di Esplanade Temerloh kami kembali ke hotel untuk bersihkan diri dan berehat sementara menunggu malam. Makan malam kami cuma makan di kedai bersebelah hotel tempat menginap.

Hari seterusnya, selesai check out dan sarapan pagi, kami terus menghala ke Kuala Gandah untuk aktiviti seterusnya. Sebelum sampai ke Kuala Gandah kami singgah di mercu tanda Titik Tengah Semenanjung Malaysia yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang Pahang.

Alhamdulillah sempat bergambar dengan monumen Titik Tengah semenanjung Malaysia yang mana ini adalah pengalaman kali pertama kami di sini. SubhanAllah, sungguh saya tak sangka saya akan jejakkan kaki di titik tengah semenanjung Malaysia, alhamdulillah syukur.


Titik Tengah Semenanjung Malaysia

Mercu Tanda Titik Tengah Semenanjung Malaysia

Selesai aktiviti di sini kami terus ke Kuala Gandah bertujuan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre) yang ada di sini. Menurut info yang diterangkan, ini adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia dan masuk adalah percuma. 

Namun, pengunjung boleh memilih untuk memberi sumbangan kewangan di kaunter masuk sebagai tanda menyokong usaha pemeliharaan gajah-gajah yang ada di sini.


Ambil gambar sebelum masuk

Acara beri gajah makan

Selain dapat melihat gajah-gajah liar diberi perlindungan  dan keselamatan dari ancaman pupus, kami juga berpeluang melihat anak-anak gajah mandi di sungai bersama penjaga mereka dan ada acara beri gajah makan. Jika air sungai tidak tinggi, pengunjung juga boleh bersama-sama mandi sungai bersama gajah-gajah ini. 


Acara gajah mandi sungai

Seterusnya kami ke Deerland Park, Lanchang yang terletak kira-kira tidak jauh dari Pusat Konservasi Gajah. Ini adalah kawasan milik dan diuruskan secara persendirian. Pengunjung berpeluang menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitat haiwan liar yang dijaga di sini.


Beri makan pada rusa

Alhamdulillah, anak-anak sangat gembira dengan percutian kali ini ke Temerloh dan Lanchang, Pahang. Selain dapat mandi kolam rekreasi, mereka juga dapat merasa pengalaman 'back to nature' dan melihat alam semulajadi. 


Sebelum pulang, kami sempat singgah makan tengahari di gerai di sekitar kampung di sini.

Harap dapat kembali lagi ke Temerloh selepas trip ini.



Post a Comment

10 Comments

  1. rindu nya kat pahang. haha. dulu masa adik belajar sana, dapat lah jugak pi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! banyak aktiviti & tempat menarik di negeri Pahang :)

      Delete
  2. Intersting di Pahang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, lagi2 makanan pun sedap belaka :)

      Delete
  3. terasa nak menunggang gajah plak. mesti seronok tu...

    ReplyDelete
  4. mesti kanak2 tu semua suka dapat jalan2..
    Kuala Gandah tu lama da dalam list tapi x dapat2 pegi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulliah semua happy, lagi-lagi masa bagi gajah makan tu. InshaAllah ada rezeki mesti sampai nanti amin.

      Delete
  5. Teringinnya nak ke Kuala Gandah tu..

    ReplyDelete