Kenangan dengan Masakan Telur Dadar Gebu dan Sedap

Tetiba teringat masa zaman dekat Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Masa tu ustazah kelas buat jamuan makan-makan so jemput lah kami ni semua sekelas. Plan masa tu yang pelajar perempuan kena datang awal untuk masak dan tolong ustazah dekat rumah dia (Kuaters Guru).

Memang seronok la kan masa tu ramai-ramai bergotong royong macam tu. Masa nak mula masak tu ada seorang kawan sekelas mula bancuh telur untuk masak telur dadar. So yang buat saya terkejut masa tu dia masukkan kacang panjang potong kecil, banyak pulak tu dalam bancuhan telur.

Alamak, terpotong selera kejap sebab saya paling tak suka kacang panjang haaha! Tapi saya suka makan telur dadar. Dah macam mana konflik pula kan. Sekali bila dah terhidang saya makan juga la sebab menghormati usaha kawan tadi, tiba-tiba amboi! sedapnya ! Rupanya sedap dia masak telur dadar dengan kacang panjang. Sejak dari itu saya mula makan sayur kacang panjang.

So, hari ni share la Resepi Telur Dadar Sedap dan Gebu :


Bahan-bahan :

  • Telur 2 ke 3 biji (3 orang makan)
  • Cili giling sedikit (hujung sudu makan)
  • Bawang merah 2-3 biji di racik-racik
  • Garam secukup rasa
  • Kacang panjang/cendawan butang - Optional (nak masukkan ke tak pun boleh ikut selera)

Masukkan semua bahan dan kacau sebati dan gebu

Cara-caranya :
  • Kacau semua bahan diatas dengan laju dan bancuhan gebu.
  • Panaskan minyak sehingga cukup panas dalam kuali
  • Tuangkan bancuhan dan goreng seperti biasa
  • Terbalikkan telur dengan berhati-hati.
  • Hidang dengan nasi panas.

ok sikit tak hancur dah haha!

Dulu-dulu fail juga masa nak terbalikkan telur dadar ni habis hancur jadinya. Sekarang dah ok sikitlah skill nya.

Selamat mencuba.


Post a Comment

2 Comments

  1. oh kak pun belum pernah cuba masukkan kacang panjang. nak try jugak lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula ,masa tu terkejut tengok orang masukkan kacang panjang dalam telur dadar haha!

      Delete