Dah dekat sebulan telefon hilang dekat taman permainan sekitar rumah nih, bukan tak cari tapi masa patah balik ke sana pun tak jumpa maybe terjatuh di kawasan yang saya tak nampak. 

Apa maksud Telefon Flagship sesuatu brand?

Nak tak nak pakai semula la handphone ZTE lama yang lama tak update. Memang agak payah juga la dengan agak slow nya, lepas tu tak berapa tarik line dengan bagus. Kejap line ada kejap nanti hilang. 

Lepas blur tak habis bila tanya spesifikasi apa yang saya nak di kedai handphone, makanya balik jela dulu kita kaji dulu terma smartphone nih.

So, hari ni saya share la maksud sebahagian terma-terma telefon bimbit generasi sekarang yang mungkin boleh bantu saya dan kita bila nak beli telefon baru ke nanti. Simpan sini siap senang bila seller nak explain kita pun faham.

Okey, yang asas perlu tahu antaranya ialah: 


credit image : Realme Malaysia


1) Kelebihan Phone dengan Kapasiti Bateri Besar:

Jenis bateri yang digunakan penting sangat pada saya lah, sebabnya tak nak la cepat sangat habis walaupun baru guna sekejap. Kalau kita jenis heavy-user memang patut cari phone yang ada kuasa bateri yang lebih besar contoh 3500 mAh dan ke atas.

Tidak la setiap setengah jam guna dah nak dicas semula kan? Sekurang-kurangnya dalam 5 ke 8 jam cas sekali kira okey la tu. Kalau nak best lagi sehari baru cas sekali.

2) Flagship Phone :

Handphone flagship ni ialah produk terbaik atau produk yang berada di kelas tertinggi kiranya untuk High-End user sesuatu pengeluar telefon.

Contoh : S-series untuk Samsung, Mi-series untuk Xiaomi, dan ada juga pengeluar yang memiliki pelbagai telefon flagship. 

Flagship phone mungkin ada yang mahal dan juga sesuai dengan bajet dan terbaik untuk kita, tapi mungkin juga tidak.

3) Jenis Processor:

Pemproses telefon atau lebih dikenali sebagai chipset ni suatu komponen yang mengawal keseluruhan fungsi telefon dan pastikan handphone kita tu berfungsi dengan baik. Contoh kalau processor tak berapa nak bagus, mula la kita buka apps pun lambat, nak pindah data dari suatu aplikasi ke aplikasi lain pun jadi lambat. Jadi jenis processor sangat penting disini.

Untuk yang terbaru cip pemproses yang jadi pilihan antaranya adalah dari Snapdragon, Mediatek dan Apple.

4) Fungsi RAM dalam Handphone:

RAM (random access memory) bermaksud tempat simpanan memori sebuah handphone. Contoh bila kita run suatu aplikasi dalam phone, ia akan berfungsi dengan memori yang disimpan dalam RAM dan berjalan dalam memori yang ada di situ. Lebih banyak aplikasi yang kita buka dalam suatu masa lagi besar la RAM yang kita perlukan.

4) Smartphone Operating System (OS)

Kita suka environment (user interface) telefon yang macam mana contohnya Apple iOS, Google's Android OS ke atau Blackberry OS (teringat zaman masa ramai sangat gilakan Blackberry). Sekarang tak pasti pula ye, hehe.

5) Antenna Smartphone

Ada sesetengah telefon yang memang beri spesifikasi tinggi untuk kamera, bateri, frame dan sebagainya tapi kadangkala pengeluar cut-cost dekat antenna

Hah! sebab apa ? Sebab mereka target pengguna yang tinggal dikawasan yang sedia ada coverage telco. Tapi untuk yang tinggal di kawasan jauh dari liputan dah asyik tiada line je kan. 

Jadi sebelum beli, kena pastikan model telefon guna antenna yang boleh terima pelbagai band telco di negara kita ni. 

Dan, antara perkara lain yang juga boleh kita consider apabila nak beli telefon contohnya; 

  • Saiz skrin yang kita suka, kalau macam saya suka tengok movie kat phone suka skrin besar tak sakit mata kononnya.

  • Jenis Port pengecas , antaranya USB Type- C, mini USB, micro USB dan juga lightning untuk IPhone. Bila pakai android phone, saya suka Type-C sebab bentuk dia yang boleh masuk port cas mana-mana pun dan juga transfer rate yang lebih tinggi.

  • Untuk android pilih phone yang guna android ver.9 dan keatas dan version 10 yang terbaru (setakat artikel ini disiar)

  • Jenis Kamera , untuk peminat kamera phone boleh la pilih spesifikasi kamera yang terbaik dalam range phone yang nak dibeli.

  • Contoh kena ada autofokus, resolusi kamera yang tinggi Maksudnya kalau kita crop gambar pun masih tak pecah. Lagi tinggi resolusi lagi detail gambar yang diambil.

  • Tapi kalau tak kisah sangat, 12MP pun dah cukup ok. Lain-lain macam yang ada night mode dan HDR+ pun mungkin boleh kita consider masa nak beli handphone.

Harga Smartphone yang Bersesesuaian Bajet

Dan yang paling penting tentu sekali la harganya dan bajet yang kita tetapkan. Kalau bajet besar memang boleh beli yang spesifikasi tinggi terus kan? 

Tapi kalau boleh berjimat tak salah pun kalau kita beli yang memadai dengan keperluan sahaja.

Okey semua, doakan saya dapat beli handphone baru dalam masa terdekat ni inshaAllah. Saya tak suka lama-lama di kedai telefon nanti lagi rambang mata, biasa kalau nak beli contoh barang elektronik saya survey dan kaji sendiri dulu hehe. 

Lepas tu pergi kedai dengar sedikit penerangan dan maklumat tambahan terus beli jika bajet bersesuaian. Begitu la cara-cara nak menjimatkan duit semasa shopping hehe. Korang macam mana? 

Jom bagi pendapat sikit handphone yang paling berbaloi dan tak berapa koyak poket sangat boleh dibeli.


P.S: nota diatas ni mungkin berbeza informasi dengan info teknologi yang lain/atau terkini diatas kekurangan pengetahuan saya sendiri.