Resepi Ikan Siakap Stim Mudah dan Cepat

Kalau nak cuba masak ikan siakap stim dengan cara yang cepat, saya cadangkan stim dengan pati ayam (yang mana boleh beli siap di farmasi/kedai sensei ). Biasanya saya memang ada je simpan pati ayam sekotak di rumah ni, kadang-kadang guna untuk masak tapi biasa anak-anak yang minum terus dari botol.

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS DENGAN PATI AYAM


Daun bawang dah agak lama dalam peti warna pun dah bertukar sikit

Bahan-bahan:

  1. Seekor ikan siakap sederhana besar 
  2. 1 botol pati ayam atau boleh juga buat pati ayam sendiri.
  3. Sebesar ibu jari halia potong halus
  4. 2 -3 cendawan shitake (optional)
  5. Daun bawang/ daun sup


Cara-cara masak ikan stim:

  1. Sediakan dan panaskan kuali/periuk pengukus.
  2. Gaul kan ikan dengn sedikit garam dan halia
  3. Perap sebentar selama 5 minit 
  4. Kukus selama 20 minit dan kemudian buangkan air kukusan ikan tadi
  5. Kemudian tuangkan pati ayam ke atas ikan dan kukus sebentar lebih kurang 5 minit ( sehingga ikan masak)
  6. Taburkan daun bawang di potong memanjang atau hiris kecil
  7. Siap untuk dihidangkan.

Selepas kukus dengan halia & garam, buangkan air kukusan pertama

Essence of Chicken (pati ayam) yang sedia dalam botol (Jenama terpulang pada individu)

Resepi paling cepat saya buat biasanya di rumah, ada juga ala kantonis kena tumis-tumis sikit kicap dengan bawang putih, atau ala thai yang lebih banyak gunakan bahan seperti bawang besar, serai dan limau.

Ikut selera masing-masing juga kan, apapun kalau satu minggu makan ikan stim je boleh kurus tak ? hehe.


Post a comment

5 Comments

  1. Sedapnya...simple dan sihat

    ReplyDelete
  2. sangat menarik. sebelum ni tak penah tau pun pasal resepi camni, hehe

    ReplyDelete
  3. sedap ni, menu sihat cumanya rumah akak jarang bebeno ada pati ayam tu,...

    ReplyDelete