Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah dan Sedap

Musim Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia memaksa hampir setiap negara mengambil langkah-langkah berjaga dan mengawal pergerakan rakyat supaya rantaian jangkitan virus tersebut dapat diputuskan. Sehingga hari ke 18 jumlah jangkitan di Malaysia sudah mencapai angka 3,333 orang. Harapan kita supaya yang dijangkiti diberi kesembuhan oleh-Nya inshaAllah amin.

Hari ni saya nak share buat semua yang sedang duduk di rumah kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) satu resepi yang mudah je untuk hari ni, ikan tenggiri masak kicap. Semenjak semua dirumah ni lauk memang laju je jalan, nak beli di luar pun terhad jadi kita belajar masak sendiri sahaja kan.

Hidangan Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah dan Sedap


Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap 

Bahan- bahannya seperti :
  1. Ikan tenggiri sederhana besar potong 4 (atau beli yang blok pun boleh)
  2. Serbuk kunyit untuk salut ikan
  3. Bawang besar saiz sederhana 1 biji
  4. Kulit kayu manis sebesar ibu jari
  5. Bunga lawang 2 biji
  6. Cili hijau 1 tangkai
  7. Bawang merah 2 ulas 
  8. Bawang putih 1 ulas
  9. Kicap 
  10. Sos cili 1 sudu
  11. Sos tomato 1 sudu ( tiada pun tiada masalah)
  12. Gula 
  13. Garam secukup rasa

Cara-caranya :
  1. Bersihkan ikan dan perap dengan garam dan kunyit sebentar
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan tengiri hingga setengah masak
  3. Sementara itu tumbuk bawang merah dengan bawang putih
  4. Hiris melintang (membulat) bawang besar 
  5. Hiris menyerong cili hijau
  6. Asingkan ikan yang telah digoreng tadi.
  7. Biarkan sedikit minyak, panaskan dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan tumbuk hingga naik bau.
  8. Tambahkan sesudu cili sos dan sos tomato ke dalam bahan tumis ,gaul dan tumis hingga masak
  9. Masukkan kicap dalam 3 ke 4 sudu ke dalam kuali gaul dan tumis sebentar 
  10. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  11. Masukkan sedikit air dan rebus sebentar
  12. Kemudian masukkan ikan tenggiri yang setengah masak tadi dan rebus sebentar.
  13. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong membulat juga cili hijau tadi.
  14. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Ikan Tenggiri Masak Kicap

Boleh la anda semua cuba masakan tenggiri masak kicap dirumah. Semoga semua pembaca dan semua rakyat Malaysia sentiasa dilindungi dari wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini. 


Post a comment

0 Comments