Masak Tempe Goreng Sambal dengan Ikan Bilis Pedas dan Sedap

Tempe goreng bersambal dengan ikan bilis ni antara menu yang selalu saya masak.
Walaupun nampak simple dan pedas tapi alhamdullilah semua orang pun makan.  Anak-anak dengan ikan bilis memang susah nak menolak lagi-lagi kalau jenis goreng rangup, siap buat keropok diratahnya sampai habis.

Siap ! Makan dengan nasi panas2 dan kicap.

Untuk korang yang dah habis fikir nak masak apa kan,apakata cuba buat resepi ni dirumah, inshaAllah bahan-bahan pun mudah dicari pada musim PKP ni.

Resepi Tempe Goreng Sambal dengan Ikan Bilis :

Bahan- bahan :
  1. Tempe satu plastik
  2. Ikan bilis saiz sederhana segenggam
  3. Cili besar merah 1 tangkai
  4. Cili padi 4 tangkai (optional kalau nak pedas lagi boleh tambah cili)
  5. Bawang merah 4 ulas
  6. Bawang putih 1 ulas
  7. Garam dan gula
Cara-cara :
  1. Potong petak kecil tempe sederhana nipis
  2. Basuh ikan bilis dan toskan airnya
  3. Tumbuk bawang merah, putih, cili besar dan cili padi sampai lumat
  4. Goreng tempe hingga rangup (api sederhana besar)
  5. Kemudian goreng ikan bilis hingga rangup (api kecil) dan ketepikan 
  6. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan masak
  7. Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa
  8. Masukkan tempe goreng dan ikan bilis tadi dan gaul rata
  9. Siap untuk dihidangkan
Goreng tempe dan ikan bilis hingga rangup

Alhamdulillah siap dah satu resepi, mula-mula dulu tak berapa pandai nak goreng tempe ni mesti tak rangup. Tapi lama-lama bila dah masak banyak kali baru menjadi. 

Bahan tumbuk

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masak

Gaulkan semua bahan 

Lagi satu petua untuk tempe sedap dimakan lepas goreng ialah : Bancuh air garam dalam 4 sudu makan air + 1/3 sudu makan garam dan tuangkan pada tempe yang sedang digoreng.

Semoga musim pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia sekarang cepat berlalu dan keadaan kembali normal semula, inshaAllah amin2x.

Post a comment

4 Comments

Terima kasih atas komen membina anda yang dititipkan di sini. Saya akan membalas secepat mungkin, InshaAllah