Tempat Menarik & Itinerary 3 hari 2 malam kuala terengganu

Cerita ni dah lama sebenarnya perjalanan kami ke Kuala Terengganu sebelum kes Covid menngkat. Kuala Terengganu memang ada banyak tempat menarik contoh pantai yang bersih, pulau yang indah, tempat makan di Kuala Terengganu juga banyak yang sedap dengan pelbagai pilihan makanan. Saya simpan sini untuk rujukan masa depan jika dapat ke sana lagi, inshaAllah.

Kami menginap di homestay D'Medina dekat dengan ICON Residence betul-betul tengah bandar. Alhamdulillah rumahnya besar dan lengkap untuk kami.

Hari pertama perjalanan dimulakan dari Beranang terus ke toll gombak melalui lebuhraya LPT 1 & 2 hingga ke Kuala Terengganu dalam masa 5 jam lebih. Check-in homestay jam 3.30 petang dan berehat sebentar untuk lepaskan lelah.


1- Jalan Kampung Cina (Payang Memory Lane)

Kira-kira jam 5 petang kami melawat Payang Memory Lane yang terletak di Jalan Kampung Cina. Kalau jalan-jalan dekat sini boleh nampak banyak mural yang dilukis di bangunan lama yang ada di sini. 



Okey juga tempatnya, memang instagramable. Ada juga coffee house yang boleh disinggah tapi masa kami disini dah tutup pula.


Lorong warisan Kg. Cina Kuala Terengganu

2- Makan Ikan Celup Tepung di Gerai Pok Nong, Mengabang Telipot

Kami menyusuri pantai Teluk Ketapang sebelum ke Mengabang Telipot tengok pantai. Memang ya Allah mendamaikan tempat ni. Hilang rasa penat memandu tadi. Sesampai je di gerai, tu diaa ramainya pelangggan tengah beratur tunggu giliran untuk ambil order. Nasib baik masih ada tempat makan, alhamdulillah. 

Celup tepung memang sedap dan berbaloi serta harga yang boleh kata murah berbanding tempat lain. Bestt !


macam-macam ada

Selesai makan kami kembali ke homestay untuk solat dan bersihkan diri.


3- Makan malam di Food Truck Drawbridge Kuala Terengganu.

Sebabkan dah makan banyak juga la seafood celup tepung dekat Pok Nong jadi misi malam ni cari makan yang simple je. Sambil tu dekat Food Truck ni boleh view Drawbridge yang dihiasi lampu yang cantik pada waktu malam. 

Kalau nak naik ke bahagian atas Drawbridge pun boleh jika berkesempatan dengan sedikit bayaran masuk.


Foodtruck depan Drawbridge Kuala Terengganu

View drawbridge dari kawasan foodtruck

Lepas makan dan bergambar, kami kembali ke homestay untuk berehat untuk misi esok ke Pulau Kapas.


4- Day Trip dan Snorkelling di Pulau Kapas

Day trip ke Pulau Kapas kami dah tempah seminggu sebelum sebab takut juga jika penuh bot. Servis day trip kami tempah dekat Makcik Gemuk Boat Service dengan sedikit bayaran deposit untuk confirmkan seat.Alhamdulillah cuaca baik dan perjalanan ke Pulau Kapas dipermudahkan-Nya.

Naik bot dari Jeti Marang kira-kira 20 minit dari bandar Kuala Terengganu dalam jam 8.30 pagi dan perjalanan bot ambil masa 15 minit ke Pulau Kapas dari jeti.

Snorkelling di taman marin Pulau Kapas

Air jernih dan pasir bersih

Pantai Pulau Kapas

Pantai di Pulau Kapas mashaAllah cantik sangat membiru dan saujana mata memandang. Pulau Kapas ni tak besar, jadi mudah juga jalan-jalan sekitar pulau. Sambil tunggu bot untuk ke taman marin untuk snorkelling kami berkelah dulu sambil mandi pantai.


5- Restoran Nasi Campur Ustaz 2 (Marang)

Dalam jam satu lebih macam tu kami balik semula ke jeti lepas selesai aktiviti di pulau. Perut pun mula lapar, jadi kami terus ke Restoran Nasi Campur Ustaz 2 dalam 5 minit dari jeti. Pilihan makanan memang banyak dengan lauk pauk, ulam-ulaman dan juga sambal belacan. Berselera betul lagi-lagi lepas main air laut kan.



Selesai makan kami ke homestay semula untuk bersihkan diri dan rehat sebentar. 


6- Shopping di Pasar Payang

Selepas asar kami ke Pasar Payang untuk jalan-jalan dan beli souviner dari Kuala Terengganu. Sempat juga sambar beberapa helai kain batik dan seluar pelikat dekat sini. Pasar Payang yang pernah saya sampai beberapa tahun lepas masih bangunan lama. Yang baru nampak lebih cantik dan tersusun.


Pintu masuk Pasar Kedai Payang


7- Singgah di Masjid Kristal Kuala Terengganu

Lagi satu ikon Kuala Terengganu semestinya Masjid Kristal yang tersergam indah di Pulau Wan Man. Setakat hari yang kami pergi, masjid belum dibuka untuk umum kerana masih dibaikpulih. 

Pemandangan ketika matahari terbenam di sini sangat cantik dan jika ada masa lebih boleh ambil pakej river cruise menyusuri sekitar Masjid Kristal, Drawbridge dan Taman Tamadun Islam dengan pemandangan dari dalam bot.


Masjid Kristal

8- Makan Malam di Restoran Ikan Bakar Pantai Timur

Makan malam kami di sini dengan menu ikan merah bakar, sotong celup tepung, tomyam campur, nasi putih dan juga sayur kailan ikan masin. Ditambah dengan jus buah memang menambah selera. 

Masa kami sampai sebabkan awal jadi masih ada tempat. Kira-kira lepas isyak pelanggan mula ramai dan perlu menunggu untuk dapatkan tempat makan.


Pelbagai pilihan menu masakan seafood

Selesai makan malam, kami memandu sekitar bandar untuk melihat pemandangan waktu malam Kuala Terengganu sebelum balik ke homestay.

9- Pagi ahad sebelum mencari sarapan, kami siap-siap check out homestay dan terus menuju ke  Kedai Nasi Dagang Kak Pah yang terletak di gerai nombor 30 di foodcourt Pantai Batu Burok. Dekat sini ada juga terdapat kedai makan dengan menu selain nasi dagang. 


Kami makan asing-asing sebabkan ada yang nak makan nasi kerabu dan juga nasi lemak. Nasi dagang memang sangat sedap disini.

Selesai makan, kami singgah jalan sebentar di Pantai Batu Burok belakang foodcourt. 


Pemandangan Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

Sebabkan semalam petang ke Pasar Payang agak terkejar-kejar sebabkan tutup jam 6, jadinya ke sana la kami untuk kedua kali. Repeat shopping barang rumah seperti mangkuk tingkat enamel yang tengah famous tu..hehe.Harga memang berganda murah dari beli online.

10- Borong Keropok Lekor Kampung Losong

Selesai urusan di Pasar Payang, kami bergerak ke Kampung Losong bungkus balik macam-macam jenis keropok lekor yang dijual di sepanjang jalan kampung ini. Saya pilih yang jenis vacum sebab senang nak simpan lama dalam peti ais.


Selain keropok lekor ada juga pelbagai makanan lain dijual.

Kami singgah makan tengahari di satu gerai nasi campur di Manir sebelum ke Exit LPT2 Kuala Terengganu melalui Kuala Terengganu Bypass.

Jalan jem teruk juga hendak ke Plaza Toll Gombak dari Karak sebelum sampai kira-kira jam 11 di Beranang. 

Itinerary kuala terengganu kami yang lepas, 
- Daytrip Pulau Kapas dan Kuala Terengganu 
selama 3 hari 2 malam.          


[HARI PERTAMA]

3.30 pm : Terus ke homestay -check-in

5.00 pm : Jalan Kampung China ( Payang Memory Lane)

5.30 pm : Pergi Pantai Teluk Ketapang 

6.00 pm : Makan Kedai Pok Nong (ICT) Mengabang Telipot

8.30 pm : Cari makan @ Food Truck & view Drawbridge

9.45 pm : Singgah 7E beli makanan/roti/kopi, balik hotel, rehat dan pack barang untuk pulau daytrip.

[HARI KEDUA]

7.00 am : bertolak ke Jeti Marang kaunter 1 (sarapan di homestay)

8.30 am : bergerak ke Pulau Kapas/ Snorkelling taman marin

1.30 pm : Balik ke Jeti Marang / cari tempat makan (Kedai makan nasi campur Ustaz 2 Marang)

2.30 pm : Balik ke homestay bersihkan diri dan rehat

4.30 pm : Gerak ke Pasar Payang/shopping

6.30 pm : Melawat Masjid Kristal dan bergambar

8.30 pm : makan malam @ Kedai Ikan Bakar Pantai Timur, Pantai Batu Burok

9.30 pm : Jalan bandar Kuala Terengganu

10.30 pm : Balik homestay rehat

[HARI KETIGA]

7.30 am : Checkout dan terus ke Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok

9.30 am : Singgah shopping di Pasar kedai Payang

12.30 am : Beli keropok lekor di Kg.Losong

2.00 pm : Makan tengahari di Manir sebelum exit toll Kuala Terengganu.

 


Sehingga kembali lagi inshaAllah. Semoga pandemik yang sedang melanda dunia juga harapnya segera berakhir, amin.



Post a comment

8 Comments

  1. Kalau ke KT wak selalu singgah kat kedai nasi ayam hainan kat batu buruk tu.
    Entah ada lagi ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti masa tu ada ke tak wak, sebab tuju ke kedai nasi dagang je terus masa tu.

      Delete
  2. rindu nak balik terengganu, walaupun setiap kali balik terengganu kami berjalan sakan tetap rindu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah mula rindu berjalan ke Terengganu juga, negeri yang sangat cantik dan banyak makanan bestt sis.

      Delete
  3. dulu belajar di UMT, sentiasa rindu pada KT ;)

    ReplyDelete
  4. Bertahun tahun sudahnya tak ke Terengganu sebab jauh. Teringin nak pergi pasar payang yang baru. Nak makan seafood celup tepung. Nak jalan jalan tepi pantai terengganu yang cantik cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa pantai di sana, memukau saujana mata memandang. InshaAllaha ada rezeki nanti.

      Delete

Terima kasih atas komen membina anda yang dititipkan di sini. Saya akan membalas secepat mungkin, InshaAllah