Ayam Masak Sambal Lado Ala Minang

Ayam Sambal Lado Ala Minang :


Ayam masak sambal berlado resepi minang turun temurun daripada keluarga ni memang antara favourite kami sekeluarga. Kalau balik Negeri Sembilan memang lauk ni confirm ada. Kalau tak dengan ayam, ikan keli sambal berlado. Uishhh serius sedap!

Resepi saya ni sambalnya saya tumbuk lumat, kalau tak kena selera boleh tumbuk separa lumat untuk cili dan bawang tu. Jadi nampak la sambalnya dekat ayam tu kan.


Ayam Masak Sambal Berlado

Jom saya share resepinya dekat sini :


Resepi Ayam Goreng Sambal Lado :

    Bahan-bahannya:

    • Ayam 1/4 ekor (nak 1/2 pun boleh)
    • Bawang merah besar 1 biji *
    • Cili masak merah 2 -3 tangkai *
    • Cili padi/api 3 -5 tangkai (nak pedas tambah lagi)
    • Garam, gula secukup rasa
    • Tanda * tu semua ditumbuk sekali (agak-agak lumatnya)

    Cara-cara nya ialah:
    • Potong ayam kecil-kecil dan lumur garam serta kunyit (biarkan dalam 10minit)
    • Goreng ayam hingga garing dan ketepikan
    • Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan masak atau sedikit garing
    • Tambahkan garam dan gula sedikit ikut rasa masing-masing.
    • Masukkan ayam tadi dan gaulkan semua.
    • Sedia dihidangkan.


Goreng ayam kunyitnya dulu

Lepas tu tumis sambal

Gaulkan ayam tadi dengan sambal


Dah siap boleh la makan dengan nasi panas-panas


Sayur pula boleh lawan dengan kobis masak lemak ke atau sawi goreng. Makan pulak dengan nasi panas tambah pedas ayam sambal berlado ni memang bertambah nasi dibuatnya. Okey selamat mencuba semua.

18 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. Ini namanya. Selalu acah ayam masak sambal jur.. Janji lauk habis laki makan settled! Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul2! paling penting abis lauknya :)

      Delete
  2. sedap kan, dahlah senang je nak buat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ,antara yang paling cepat disediakan.

      Delete
  3. sedap nih, rajin betul menumbuk sampai lumat gitu, kalau akak tumbuk lebih kurang je... hehehhe almaklum kurang rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ! terlebih rajin kadang2 ala kadar je kak :)

      Delete
  4. Hehe sedapnya.. lama tak buat. Nanti boleh buat balik ni! Tq for the idea!!

    ReplyDelete
  5. Senang je bahan dia.. sodap ini..

    ReplyDelete
  6. Suka juga masak macam ni. Mudah dan sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, senang dan cepat disediakan :)

      Delete
Previous Post Next Post