Jalan-Jalan Cari Makan Best Ipoh Perak

Jalan-jalan cari makan dekat Ipoh memang dah jadi favourite saya sekeluarga nampaknya. Selain kawasan bandar yang dikelilingi dengan hutan dan bukit bukau batu kapur, Ipoh juga ada banyak tempat makan yang menarik dengan menu yang sedap serta harga yang berpatutan.

Perjalanan kami ke Ipoh kali ini dengan tujuan untuk berjumpa dengan kawan semasa di UPM dulu dan juga mencari port menarik untuk kami singgah makan. 


1- Laksa Saranghae Ipoh di Silibin.

Sampai sahaja di bandar Ipoh lebih kurang jam 4.30 petang, perut kami dah mula berkeroncong. Dengan perjalanan yang hampir 6 jam dari Johor Bahru memang agak memenatkan. Kami singgah di satu kedai makan yang agak popular di Ipoh iaitu Laksa Saranghae Ipoh di Silibin. Ingatkan makanan Korea ke sebab nama saranghae tu kan? Sarangnya itu adalah telur dadar yang digoreng bentuk sarang. Biasa makan laksa penang dengan telur rebus, kali ni special sikit sebab makan dengan telur dadar bersarang. 

Tambah lagi, kami order sekali dengan Coconut Shake & Icecream. Sedapnya !

Itulah sarang nya - telur dadar bersarang.

Selesai makan check in di Seem Soon Hotel berdekatan bandar Ipoh sebab ada bilik untuk family. Okey juga hotelnya not bad. Siap ada bathtub sesuai sungguh la dengan anak-anak yang suka berendam..hehe.


Matahari terbit di bandar Ipoh

2- Miker Food

Makan malam kami di Miker Food berhadapan dengan padang Ipoh. Sini memang agak sibuk juga la jadi mungkin kalau plan nak makan sini kena gerak awal supaya dapat parking. Menu yang kami order semestinya Tomyam Nyor (tomyam dalam kelapa muda), chicken chop dan juga Pizza. Pizza memang nyummsss sangat. Tebal dan puas hati banyak topping tak kedekut.


Penuh topping sedap dimakan

Tomyam Nyor dan Chicken Chop

Rasa macam dah keletihan masing-masing tapi sempat tapau kopi ais Latte dekat OldTown White Coffee sebelah dengan Miker's Pizza.


Iced Latte

3- Canning Dimsum

Keesokan harinya, kami ke Canning Dimsum yang terletak di Taman Canning Ipoh kira-kira jam 8.30 pagi untuk sarapan. Ikutkan plan kami akan berjumpa dengan rakan lama di sana sekali bersarapan sama. Pilihan dimsum yang agak banyak boleh buat rasa nak cuba semua hehe. Sebelah kedai makan ni ada juga port lain yang famous iaitu Restoran New Hollywood Ipoh. Tapi kena la beratur panjang sikit. 


Pelbagai jenis dimsum yang sedap.

4- Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village

Selesai sarapan kami di Canning Dimsum, kami terus ke Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village yang terletak di Persiaran Pinggir Rapat, Taman Saikat Ipoh. Tiket masuk berharga RM10/orang. 


Bagi ikan makan

Antara tiket bas lama yang dipamerkan di sini.

Salah satu tarikan dalam tempat ini ialah, barang-barang antik yang disusun semula dalam rumah-rumah kecil yang menyerupai zaman dahulu. Seolah kembali semula ke zaman 80-an, 90-an. Teringat pulak laa zaman kecil-kecil dulu masa jalan dalam taman ni. Juga terdapat kolam ikan yang besar dan pengunjung juga boleh beri makanan pada ikan-ikan dengan beli makanan ikan dengan harga RM 1 sepeket.


5- IPOH Hainan Chicken Rice

Selesai berjalan-jalan semua tempat menarik di Qing Xin Ling, kami bergerak ke Jalan Raja Muda Aziz untuk makan tengahari di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice. Rasa makanan ok juga lebih kurang sama dengan kedai makan nasi ayam terkenal. Cuma mungkin servis sedikit lambat sebab ramai pelanggan. Boleh cuba lagi nanti. 


Ada juga menu mee

6- Concubine Lane 

Selesai makan dan rehat, kami ke Concubine Lane yang sangat famous di bandar Ipoh ni. Bak kata, tak lengkap jalan Ipoh kalau tak ke sini. Antara tarikan yang ada Cafe Plan B yang sediakan menu western dan kopi kaw katanya. Kami tak makan sebab masih kenyang cuma beli kopi secawan hehe. Jalan meyusuri Concubine Lane memang agak sesak dengan pengunjung dan biasa la anak-anak dapat cotton candy seorang satu. 


Terhibur tengok cara buat cotton candy yang cantik.

7- Restoran Anjung Dinda Atas Tubir Tomyam

Letih berjalan kami kembali ke hotel untuk berehat dan bersihkan badan sementara tunggu malam. Cadangan awal tadi kami nak cuba makan dekat Restoran Stimbot ZulYahya yang terletak di Meru kira-kira 20 minit juga perjalanan ke sana dari pusat bandar. Cuma masa sampai tiada tempat kosong dan kena booking dulu rupanya. Kalau walk in memang tak dapat tempat la ramai orang. 

Cuma tak ralat sangat sebab kawasan kedai nih banyak lagi rupanya restoran-restoran berhampiran. Macam pusat makanan pun ada gayanya. Jadi kami makan shell-out dekat Restoran Anjung Dinda terletak belakang je dari kedai stimbot nih. Sedap juga.

ber-shell out kita di sini

Hari last sebelum balik ke JB kami singgah lagi di Canning Dimsum untuk sarapan. Kononnya nak makan di Restoran New Hollywood sebelah tu, tapi tengok keadaan barisan yang beratur tak jadi la kami ke sana. 

Selesai makan kami terus bergerak balik ke Johor. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Nya kali ini. InsyaAllah nanti ke Ipoh lagi bila-bila ada rezeki. Amin.

Jom balik..




Post a comment

5 Comments

  1. bestnya... bilalah nak sampai ke perak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, doa2 covid reda boleh la jalan2 semula.

      Delete
  2. Bestnya. Ni dah naik balik COVID, memang bertapa je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa, doa2 kan moga covid cepat reda. InshaAllah amin.

      Delete
  3. Banyak tempat makan sedap di Perak. Pernah beberapa kali je ke Perak. Sempat jugalah singgah merasa popia yang sedap tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen membina anda yang dititipkan di sini. Saya akan membalas secepat mungkin, InshaAllah