Teringin nak makan set nasi arab tapi macam malas nak keluar musim Covid-19 ni, jadinya beli je Pes Yemeni Mendhi dengan kawan universiti dulu. Satu set dalam RM18 tak termasuk pos. Dalam pakej ni ada beras parboiled basmathi 500gram (kira-kira 3 1/2 pot putih beras) dan juga pes nasi arab.


Cara Masak Nasi Arab Guna Pes Yemeni Mendhi :


Nasi Basmathi dan juga pes yemeni mendhi

Cara masak nasi tak susah ikut sahaja arahan pada label pes. Yang lambat mungkin nak sediakan jenis lauk nak lawan dengan nasi arab ni. 

Saya decide buat ayam masak merah dengan acar timun dan nenas sahaja. Kalau nak buat macam biasa kat kedai ada yang ayamnya dimasak sekali dengan nasi atau nak buat ayam panggang pun boleh juga. Ikut selera masing-masing.

Untuk resepi ayam masak merah korang boleh follow sini --> Resepi Ayam Masak Merah

Sos tomato untuk cicah saya tak buat sebab ayam masak merah dah berkuah begitu kan. 

Kalau nak best lagi mungkin boleh tambah kismis atau badam dalam nasi.

Set nasi arab dengan ayam masak merah

Jadi la untuk menu hari ni, kalau kami berempat ni satu peket nasi tahan sampai malam. Paling penting sedap tu rasa nasi arab dia, penuh rasa macam ala-ala makan kat kedai hehe.

Stay safe semua.

Lia Razali