Template blog kadangkala perlu dibarukan juga apabila dah lama digunakan, seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan terdapat banyak layout yang baru dan lebih catchy. Lagi-lagi sekarang kalau kita search ada banyak terdapat template-template blog percuma yang kita boleh cuba pakai. Saya pun tak terkecuali, saya bayangkan saya adalah pelawat blog dan tengah nak cari info-info di blog saya ni rasa menarik tak nak jengah entri-entri lain?

Jadi saya rasa nak cuba ubahsuai ikut design yang terbaru yang ada di intenet dan media sosial.


Soalan : Perubahan template blog ganggu iklan Adsense tak?

Jawapannya adalah YA

Perkara ini kita kena ambil kira sebab contoh akaun Adsense kita dah sedia untuk menjana pendapatan online di blog. Manakala template yang kita nak apply itu walaupun nampak cantik tetapi bukan Adsense-friendly, maka bots akan susah nak baca dan paparkan iklan yang sepatutnya.

Contoh : Template yang kita guna tidak ada fungsi mobile-friendly (mesra mobile). Apabila pelawat datang untuk baca info blog kita di smartphone mereka, paparan blog sukar untuk di navigasi dan info lebih sukar dibaca. 


Blog Mesra SEO (SEO-friendly) & User-Interface Bagus

Penting untuk kita cari dan guna template yang lebih mesra SEO selain itu mestilah juga mesra pengguna (good user-interface). Kebanyakan pengguna internet sekarang suka baca blog yang ada template 'clean' atau bersih. Maksudnya tidak ada banyak sangat pop-up iklan yang menganggu mata pembaca atau loading page yang agak lama dari satu entri ke entri yang lain. 

Selain itu tidak semua blog template yang kita guna boleh support Adsense code. Ada yang mungkin dibuat hanya untuk nampak cantik sahaja tetapi tidak mesra Adsense. Kita dah letak code Adsense pun iklan tidak akan keluar. 

Jika iklan tidak keluar di blog, pendapatan Adsense tidak akan diperolehi.


Tingkat Trafik Blog Anda

Jadi, penting juga lah bab template blog yang cantik dan SEO-friendly untuk kita update pada blog/website ni kan. Sebabnya, supaya antaranya blog nampak lebih menarik , dapat meningkatkan trafik blog, dan juga pelawat suka nak baca info dekat blog.

Contoh template dekat bawah ni nampak menarik dan selain tajuk dan info yang padat, pelawat akan tertarik untuk ke posting blog yang lainn-lainnya.

Baca sini lagi -- Cara Nak Register Domain ( mula guna .com)


kredit : Gooyaabites template

Mulakan Apply Template Blog Mesra SEO

Jomm, kita search dulu mana satu template blog yang menarik dan sesuai digunakan lepas nih. Plan nak update dah ada cuma kena teliti dulu aspek-aspek yang seperti dibincangkan dekat atas. Jadi, nanti taklah blog kita jadi huru hara pula ye.

Komen pendapat anda tentang blog template saya sekarang dibawah, terima kasih semua.

Haulia Razali