Template blog kadangkala perlu dibarukan juga apabila dah lama digunakan, seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan terdapat banyak layout yang baru dan lebih catchy. Lagi-lagi sekarang kalau kita search ada banyak terdapat template-template blog percuma yang kita boleh cuba pakai. Saya pun tak terkecuali, saya bayangkan saya adalah pelawat blog dan tengah nak cari info-info di blog saya ni rasa menarik tak nak jengah entri-entri lain?
Jadi saya rasa nak cuba ubahsuai ikut design yang terbaru yang ada di intenet dan media sosial.
Soalan : Perubahan template blog ganggu iklan Adsense tak?
Jawapannya adalah YA.
Perkara ini kita kena ambil kira sebab contoh akaun Adsense kita dah sedia untuk menjana pendapatan online di blog. Manakala template yang kita nak apply itu walaupun nampak cantik tetapi bukan Adsense-friendly, maka bots akan susah nak baca dan paparkan iklan yang sepatutnya.
Contoh : Template yang kita guna tidak ada fungsi mobile-friendly (mesra mobile). Apabila pelawat datang untuk baca info blog kita di smartphone mereka, paparan blog sukar untuk di navigasi dan info lebih sukar dibaca.
Blog Mesra SEO (SEO-friendly) & User-Interface Bagus
Penting untuk kita cari dan guna template yang lebih mesra SEO selain itu mestilah juga mesra pengguna (good user-interface). Kebanyakan pengguna internet sekarang suka baca blog yang ada template 'clean' atau bersih. Maksudnya tidak ada banyak sangat pop-up iklan yang menganggu mata pembaca atau loading page yang agak lama dari satu entri ke entri yang lain.
Selain itu tidak semua blog template yang kita guna boleh support Adsense code. Ada yang mungkin dibuat hanya untuk nampak cantik sahaja tetapi tidak mesra Adsense. Kita dah letak code Adsense pun iklan tidak akan keluar.
Jika iklan tidak keluar di blog, pendapatan Adsense tidak akan diperolehi.
Tingkat Trafik Blog Anda
Jadi, penting juga lah bab template blog yang cantik dan SEO-friendly untuk kita update pada blog/website ni kan. Sebabnya, supaya antaranya blog nampak lebih menarik , dapat meningkatkan trafik blog, dan juga pelawat suka nak baca info dekat blog.
Contoh template dekat bawah ni nampak menarik dan selain tajuk dan info yang padat, pelawat akan tertarik untuk ke posting blog yang lainn-lainnya.
Baca sini lagi -- Cara Nak Register Domain ( mula guna .com)
![]() |
kredit : Gooyaabites template |
Mulakan Apply Template Blog Mesra SEO
Jomm, kita search dulu mana satu template blog yang menarik dan sesuai digunakan lepas nih. Plan nak update dah ada cuma kena teliti dulu aspek-aspek yang seperti dibincangkan dekat atas. Jadi, nanti taklah blog kita jadi huru hara pula ye.
Komen pendapat anda tentang blog template saya sekarang dibawah, terima kasih semua.
Haulia Razali
10 Comments
Betul tu, template memainan peranan, cuma tu laa kan, sekali nak ubah, pening nak adjust coding balik.. kadang sehari suntuk ngadap dan nak edit balik..Sis pun tgh survey template gak ni nak tukar..
ReplyDeleteSama juga disini, fikir nak edit coding tu agak lemah juga semangat tapi nak tukar juga template nya ye..
Deletemasa abe kie tukar template masa PKP lps, susah gak nak customize free template tu. kena upah rakan blogger utk ubahsuai mana yg patut.
ReplyDeleteItula Abe Kie, betul kalau tukar coding pun kena adjust semula ..
Deleterabia pun suka tukar template blog
ReplyDeleteSaya pun tengah survey juga mana yang ok
DeleteTemplate ni umpama baju untuk blog. Kalau template tak cantik terus orang assume isi kandungan tak best.
ReplyDeleteFirst impression tu penting kan sis..doakan saya dapat template yang bagus untuk ditukar
DeleteCik TK pun dah lama nak try template luar dari blogger. Tapi tu la.. bab coding ni amik masa sikit.. memeningkan kepala
ReplyDeletecoding tu yang buat lemah tuh, sama juga la
Delete