Untuk peniaga yang nak start menjual secara online, anda boleh cuba daftar akaun shopee untuk majukan lagi bisnes anda. Hanya gunakan smartphone, anda boleh mula mendaftar akaun Shopee dengan mudah dan pantas.

Cara nak daftar akaun Shopee adalah seperti berikut:


1- Download Aplikasi Shopee di Smartphone atau buka Website di PC

 Mula-mula muat turun aplikasi Shopee di smartphone atau buka website Shopee di komputer.

Apps Shopee di Smartphone



Klik pada [Me] dibahagian bawah sekali aplikasi Shopee di smartphone.



2- Mulakan Pendaftaran Akaun Shopee untuk Pembeli/Penjual

 Kemudian perlu masukkan maklumat pendaftaran yang mana anda boleh gunakan samada :

Email anda, akaun Facebook, nombor telefon ataupun akaun Google anda. 

Pilih salah satu.


3- Akaun Shopee Anda Sudah Didaftarkan

 Akaun Shopee ini anda boleh guna sebagai Seller atau Buyer (dua-dua satu akaun).

Selepas pendaftaran anda perlu update profil anda dengan lengkap.


4- Mulakan Menjual Di Shopee dengan Akaun Anda

Kemudian jika anda ingin terus iklan produk, anda boleh klik di [Start Selling] icon atas username anda.

Contoh username saya ialah : [eksplorasi01]


Tambahkan produk anda dengan klik pada icon [Add Products]


Isikan setiap detail produk anda, dan pastikan anda isi setiap yang bertanda * dengan lengkap.


5- Siarkan Iklan Produk Anda di Shopee dan Mula Jana Pendapatan

Kemudian klik pada icon Publish untuk iklankan produk tersebut.


6- Antara Ciri Perlindungan Pembeli di Shopee

Selepas pendaftaran anda perlu update profil anda dengan lengkap seperti alamat kedai/ rumah/ tempat operasi bisnes anda, no akaun bank dan juga nombor telefon anda.

Ini kerana, apabila suatu jualan berjaya dilakukan bayaran dari pembeli akan dikreditkan ke akaun bank berdaftar anda setelah produk diterima pembeli dan tiada pemulangan dilakukan.

Maksudnya, duit dari pembeli tidak akan terus masuk ke akaun penjual sebab Shopee nak pastikan pembeli benar-benar terima barang yang dia beli seperti diiklankan.

Biasanya, tak lama pun selepas pembeli confirm kan penerimaan produk yang dibeli, Shopee akan kreditkan duit jualan ke akaun kita.

Okey selamat mencuba semua, saya ada juga la iklan kan barang preloved di Shopee seperti alatan bayi yang still berfungsi dengan baik dan boleh digunakan. 

Alhamdulillah sambutan pun ok.