Untuk peniaga yang nak start menjual secara online, anda boleh cuba daftar akaun shopee untuk majukan lagi bisnes anda. Hanya gunakan smartphone, anda boleh mula mendaftar akaun Shopee dengan mudah dan pantas.
Cara nak daftar akaun Shopee adalah seperti berikut:
1- Download Aplikasi Shopee di Smartphone atau buka Website di PC
Mula-mula muat turun aplikasi Shopee di smartphone atau buka website Shopee di komputer.
![]() |
Apps Shopee di Smartphone |
![]() |
2- Mulakan Pendaftaran Akaun Shopee untuk Pembeli/Penjual
Kemudian perlu masukkan maklumat pendaftaran yang mana anda boleh gunakan samada :
Email anda, akaun Facebook, nombor telefon ataupun akaun Google anda.
Pilih salah satu.
3- Akaun Shopee Anda Sudah Didaftarkan
Akaun Shopee ini anda boleh guna sebagai Seller atau Buyer (dua-dua satu akaun).
Selepas pendaftaran anda perlu update profil anda dengan lengkap.
4- Mulakan Menjual Di Shopee dengan Akaun Anda
Kemudian jika anda ingin terus iklan produk, anda boleh klik di [Start Selling] icon atas username anda.
Contoh username saya ialah : [eksplorasi01]
5- Siarkan Iklan Produk Anda di Shopee dan Mula Jana Pendapatan
Kemudian klik pada icon Publish untuk iklankan produk tersebut.
6- Antara Ciri Perlindungan Pembeli di Shopee
Selepas pendaftaran anda perlu update profil anda dengan lengkap seperti alamat kedai/ rumah/ tempat operasi bisnes anda, no akaun bank dan juga nombor telefon anda.
Ini kerana, apabila suatu jualan berjaya dilakukan bayaran dari pembeli akan dikreditkan ke akaun bank berdaftar anda setelah produk diterima pembeli dan tiada pemulangan dilakukan.
Maksudnya, duit dari pembeli tidak akan terus masuk ke akaun penjual sebab Shopee nak pastikan pembeli benar-benar terima barang yang dia beli seperti diiklankan.
Biasanya, tak lama pun selepas pembeli confirm kan penerimaan produk yang dibeli, Shopee akan kreditkan duit jualan ke akaun kita.
Okey selamat mencuba semua, saya ada juga la iklan kan barang preloved di Shopee seperti alatan bayi yang still berfungsi dengan baik dan boleh digunakan.
Alhamdulillah sambutan pun ok.

6 Comments
Mama teringin juga nak niaga kat Shopee.. sebab mama rajin shopping kat Shopee haha.. tapi mama xtau nak niaga apa.. so.. pass je la
ReplyDeletesama laa, banyaknya membeli saje hehe
DeleteOwh.. guna 1 akaun je ye.. Ingatkan penjual dan pembeli lain akaun.. Tapi sha tak pandai sangat nak jual-jual nie.. Beli tu pandailah.. hehehe
ReplyDeleteSama juga saya banyak beli dari jual hee
DeleteRasa nak menjual tapi tak reti nak jual. 😅😅😅
ReplyDeleteBoleh tu daftar Shopee akaun dulu, lepas tu add produk je test dulu
Delete