Sekarang ni kalau tak salah, hampir setiap rumah ada pressure cooker dan kelebihannya tentulah antaranya menjimatkan masa memasak serta memudahkan kerja-kerja didapur.
Lebih lagi untuk surirumah yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan. Yelah, nak memasak lagi, dengan nak melayan karenah anak-anak lagi dan sebagainya. Jadi, sebagai contoh kalau nak masak daging, biasa kita rebus lama sangat mungkin berjam baru daging tersebut empuk, tapi kalau ada pressure cooker ni memudahkan sangat dan daging cepat empuk. Dan masa penyediaannya pun menjadi lebih singkat.
Selain itu, ada pendapat mengatakan nutrisi makanan akan tersimpan lebih banyak jika dimasak dengan pressure cooker dari cara memasak yang biasa.
Tapi, masalah yang selalu buat kita berkira-kira nak beli pressure cooker ni ialah , salah satunya harganya memang agak mahal berbanding periuk biasa. Dan kalau nak beli tu kena juga la tengok review dan ciri-cirinya keselamatan yang ada pada pressure cooker yang kita nak beli tu.
Ini kerana jika tiada ciri keselamatan, pressure cooker boleh jadi merbahaya pada pengguna. Dan juga, cara menggunakan pressure cooker mungkin berbeza-beza antara setiap jenama tetapi fungsi dan tujuannya masih lagi sama untuk memudahkan kerja kita di dapur.
Jadi macam mana semua? Dah ada pressure cooker ke? Saya belum sebab tengah berkira nak beli masa sale boleh dapat harga rendah sikit kan.
Sekarang ni kalau perasan, Lazada tengah rancak buat Promosi 12.12
Banyak diskaun yang kita boleh dapat masa sekarang ni di Lazada, dan kalau nak beli inshaAllah taklah membazir sebab banyak kegunaan pressure cooker nih nanti.
9 Comments
semoga lebih semangat memesak di dapur :)
ReplyDeleteInshaAllah memudahkan :)
DeleteBest ada pressure cooker ni. menyingkatkan masa memasak hidangan yang memerlukan masa yang lama.
ReplyDeletebtw, nak share tutorial ni
http://www.azhafizah.com/2019/11/cara-letak-link-blog-dalam-blogger-profile.html
nanti masukkan link dalam profile ye, mudah nak blogwalking. sebab kalau klik profile awak not available sbb xde link.
Haha! okehh terima kasih sharing. Dah saya dah update nanti cuba tengok kalau-kalau masih tak keluar di profle. Terima kasih banyak2 :)
DeleteYeay! Okay dah. senang nak terjah semula bila dah ada link.
DeleteSama²
sekarang banyak dah pressure cooker jenama best yang harga murah...
ReplyDeletememang sanagat membantu di dapur
kann, tengah usha je nih nak beli satu letak kat dapur..pelbagai guna
DeletePressure cooker ni memang banyak kegunaannya... Menjimatkan masa nak masak terutama bila masak daging
ReplyDeletebetul, tengok yang guna sharing cepat sungguh masaknya
Delete