Sejak awal tahun lepas memang lama dah nak tukar template blog nih, tapi fikir nak edit balik coding dan susun atur semula layout dan masukkan semula link-link memang rasa lemah juga urat badan. Tapi sebab nampak macam tak berapa mesra SEO layout yang lama tu kita gagahkan juga la tukar theme blog.

Theme blog ni saya guna yang percuma je sebab rasa masih boleh edit sendiri lagi. Dan antara perkara penting kalau lepas update tema blog/website ni perlulah juga update sitemap. 


Kepentingan Sitemap Pada Blog/Website :

1.1 Tempatkan Struktur Data dan Posting Dalam Blog

Sitemap ialah suatu file pada blog yang menempatkan kesemua informasi tentang url entri/posting anda, video, dan juga data berkaitan dalam page anda.  Lebih mudah ianya macam senarai data blog anda. Seolah ada suatu maklumat data tersusun pada blog anda.

Seperti kita baca buku, mula-mula halaman pertama ada daftar isi dan kandungan kan? Begitulah analoginya pada blog kita.


cara buat sitemap
Cara Google cari info melalui sitemap

1.2 Mudahkan Search Engine Crawl (Mencari) Maklumat Blog

Apabila kita daftar dan buat suatu sitemap, ianya akan memudahkan lagi enjin pencarian internet seperti Google untuk mencari maklumat berkenaan dan paparkan pada keputusan carian pengguna.

Seperti yang diterangkan diatas, search engine (atau enjin pencari di internet contohnya : Google ) akan senang dan lebih cepat mencari maklumat serta keywords yang terdapat pada blog kita untuk dipaparkan pada result carian.


1.3 Naikkan PV Blog dan Tingkatkan Pendapatan Adsense :

Istilah PV atau pageviews sangat sinonim dengan blogger, lebih lagi kalau kita memang kejar PV tinggi untuk blog yang dibangunkan. Tujuan PV tinggi bergantung kepada blogger tersebut samada tujuan bisnes online, ataupun untuk beri kesedaran kepada pembaca melalui info pada yang ditulis.

Lebih senang dicari oleh enjin carian, maka kebarangkalian page kita berada di tingkat pertama atau halaman pertama carian lebih tinggi. Maka keputusannya PV blog akan lebih baik dan meningkat dari semasa ke semasa. 

Untuk blogger yang dah ada akaun Adsense, PV tinggi sangat penting jika anda berharap kepada pendapatan dari iklan yang terpapar pada web atau blog.

Dengan sitemap yang ada, kebolehcarian info unik pada blog dapat di akses dengan lebih baik, cepat dan mudah seterusnya page kita akan tersiar pada result carian pengguna.


contoh sitemap pada blog ini -- SITEMAP

Jadi, kalau dapat eloklah kalau blogger buat sitemap pada page/blog atau website anda untuk memudahkan selain pembaca mencari kandungan atau entri yang berkenaan. Selain itu, blog kita juga akan lebih mudah diindex oleh Google.

Jom komen dibawah pendapat  dan info, terima kasih membaca.

Haulia Razali