Tiba-tiba rasa nak makan ayam goreng spicy korea sekali semalam keluar pengumuman sekolah ditutup dari Johor Bahru sampai lah Kulai ni, sebabkan kes jangkitan Covid yang meningkat.
Kalau ikutkan plan nak cuba makan di K-Fry JB tapi macam tak sesuai pula dengan keadaan sekarang, dan kebetulan ada pula seller yang jual di Foodpanda.
Apa lagi, moh laa kita order saja makan kat rumah okey juga kan?
Order Ayam Goreng Korea di Foodpanda Sahaja
![]() |
Tak kedekut cheese best! |
![]() |
Satu set ayam banyak |
![]() |
Pedas dan manis -- Sedap ! |
Seller ni ada jual dua pilihan ayam goreng, spicy dan ada cheese. Jadi saya beli dua-dua sekali untuk rasa mana yang sedap. Ternyata dua pilihan ayam goreng ni tidak mengecewakan.
Ayam Goreng Korea Guna Sos Gochujang (Korean Chili Paste)
Memang terasa sos gochujang pedas dekat ayam goreng tu. Pedas dan manis. Kalau nak buat sendiri ayam goreng Korea ni kalau dapat cuba ikut resepi asal yang gunakan pes cili gochujang (Korean Chili Paste) tu.
Saya survey kalau di Shopee pun dah ada penjual yang ambil stok terus dari Korea dan jual di sini. Harga pun tidak lah terlalu mahal. Cumanya untuk pengguna muslim kena la pastinya sos gochujang yang dibeli itu halal.
Rindu pula nak ke Korea hehe --> Pengalaman Melancong Ke Seoul Korea
Apapun alhamdulillah, kita sama-sama doakan semoga keadaan kembali seperti sediakala. Jangan lupa patuhi SOP PKPB dan stay safe semua.
Terima kasih kerana membaca coretan saya hari ini.

12 Comments
Ayam goreng cheese tu mesti sedap.Banyaknya cheese yang dia letak :)
ReplyDeleteSedap ! Cheesy gitu rasanya
DeleteFuhh mmg sedap oo
ReplyDeleteSedappp ! Abis diet
DeleteSedapnya.. tambah cheese dia meleleh tu..
ReplyDeleteBetul2, bagus seller ni letak banyak cheese hehe
DeleteTambah cheese memng sangat sedap!!!!
ReplyDeleteSedap betul
DeleteAyam goreng spicy korea ni sekali hadap sorang je laju habiskan. Sedap kan ada rasa pedas manis dia tu
ReplyDeleteBetul laa siap tambah beli lagi tu tak cukup..aduhai bila nak dietnya
Deletesedapnyaaa
ReplyDeleteSedapp alhamdulillah..
Delete